BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Jumaat, 19 Oktober 2012

Tart Telur

As salam semua ;)


Entry kali ni bukan nak tnjuk pandai tau. Saje jek nak sharing pasal hobi aku yg memang suka memasak ni.
Aku suka kumpul resipi pas tu suka try resipi2 baru. Dan terima kasih banyak2 kat x-opismate aku (Waheeda a.k.a Cik Ida) dan suami nye yg jual oven baru nya dgn harga RM100 jek. Pada hal masa diaorang beli tu harga nye cecah RM200 kot. Diaorang nak beli microwave oven tp ntah macam mana lah pulak bole tersalah beli, boleh beli oven pulak.. Macam tu lah yg Cik Ida citer kat aku. Sekarang dah jejak 2 tahun aku guna oven tu. Sangat berjasa, dah macam2 aku masak. Alhamdulillah, bole lah buat tukar2 selera dan tukar2 menu sekali sekala.

Hari ni nak share resipi Tart Telur. Resipi ni aku amik dari rakan fb yg sgt bermurah hati nak share resipi tart telur yg sedap ni. Saya minta izin share resipi kat sini ye sis dan terima kasih banyak2 ye. Menjadi jugak tart telur ni,sedap sangat. Yg pnting abis di makan. Kita yg masak ni pun hepi jek hihi ;)

Tart telur ni aku buat masa majlis pertunangan adik ipar aku kelmarin. Nak buat makan2 pas majlis. Tak ingat dapat berapa pcs. Banyak jugak lah, dapat 2 tupperware. 1 tupperware utk adik ipar aku dan 1 tupperware lagi aku hantar rumah abang aku. Rumah abang aku dekat jek, dlm 5-7 minit kalau naik kereta dari rumah aku. Style aku memang macam ni, kalau aku masak apa2 yg spesel aku memang suka agih2 kan kat sesape lah yg aku teringat. Paling beruntung jiran2 tepi rumah tu lah hihi..



Okeh, ni resepi nye:




TART CRUST ATAU SHELL (salina abkamal)
by : Azlita

170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart

Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar. Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling tart telur.

TART TELUR
by : Zaidah

1 Tin susu Cair F&N
1 Cwn Air Suam
1/3 Cwn Gula Pasir (Klu Suka Manis Tambah Lagi)
1 Sudu Kecil Esen Vanilla
5 Biji Telur A
Sedikit Pewarna Kuning

Kacau gula dan air suam hingga gula larut
Bila gula dah hancur dan air telah sejuk masukkan semua bahan yg lain dan kacau rata
Tuangkan adunan ke dalam kulit tart yg telah dibakar terlebih dahulu tadi
bakar semula dalam oven dgn suhu 180C mengikut kepanasan oven masing selama 20 minit



Pada sesape yg nak try tu, ku ucap kan selamat berjuang lah ye. haha.. Nak tekan2 kulit tart ni makan kesabaran yg tingi jugak lah. Nak make sure kulit nye jadi cntik jek. Kalau aku, aku suka kulit tart yg nipis sebab suka rasa telur tu. Kalau kulit tebal nanti penuh dlm mulut rasa tepung jek.

Boleh try utk cuti hujung minggu ni kan. Lagi pun buat sendiri lagi muai dpd beli cuma perlu peruntuk kan masa + kerajinan lah :) Selamat mencuba ye..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan