BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Jumaat, 11 November 2011

Melayu akan jadi kaum Minoriti!

"Orang Melayu akan menjadi kumpulan minoriti yang tidak mampu memperjuangkan hak mereka jika mereka terus berpecah belah," Tun Dr Mahathir Mohamad.

Yup.. aku setuju. Aku selalu memikir kan kata2 nasihat nya secara mendalam.
Walaupun dia selalu di anggap sebagai diktator dan segala kata2 nya serta keputusan nya selalu di salah anggap. Tapi pada aku sebenar nya dia ingin melihat Melayu lebih berdaya saing di mata dunia.
Sekurang-kurang nya kita hidup senang di tanah air sendiri. Dan tinggal kan lah budaya meminta2.

Tengok lah bangsa2 asing yang ada kat Malaysia ni. Sampai kat M'sia hanya sehelai sepinggang, tak ada harta apa pun. Tapi 10 tahun lepas tu, dah ada bungalow mewah. Tu harta dia kat M'sia, kat kampung dia, silap2 dia jutawan..

Contoh terdekat kalau kat JB ni, orang2 kemboja yg meniaga kain kat pasar2 malam atau pasar lambak. Pasang kemah, pasang meja, jual baju siap atau kain pasang then naik van buruk. Tapi bila kita tanya dia; ops dah ada butik. satu kat sana, satu kat sini, pas tu kat sana ada lagi.. Dan penampilan serta bahasa mereka sangat merendah diri. Pas tu bila masuk perkampungan diaorang, kiri kanan semua nya rumah batu standard bungalow (aku ambil baju2 dgn diaorang buat niaga ;) ..)
Mereka saling berhubung dan membantu antara satu sama lain. susah senang sama2 then bila berjaya pun sama2..

Pada aku, bangsa kita sebenar mempunyai ego yg tinggi. Tak sangup buat kerja2 kotor, kerja2 yg susah dan berhujan panas, kerja2 yg mempunyai risiko. Sebab tu kebanyak kan bangsa kita lebih suka pilih kerja kerajaan. Aku pernah di tegur oleh seorang majikan kat salah satu tempat aku pi interview kerja awal tahun lalu.

Masa tu dia tanya bila aku bole start kerja, then aku cakap not confirm yet sebab dlm minggu tu aku ada interview dgn Jabatan Imigresen. Then dia cakap, "haa.. itu lah salah satu masalah org melayu, kenapa suka sgt kerja kerajaan.." Aku mencerun kan mata aku sambil menatap tepat pd wajah nya "Memang lah tak salah sebab semua orang berhak utk mempunyai harapan dlm hidup, tp cuba tukar sikit mind set kita. Tak kisah lah kerja swasta ke, buat bisnes ke atau apa pun kerja yg kita lakukan, kerja dgn penuh disiplin dan kesungguhan mesti kita berjaya"..

And sampai sekarang kata2 nya sentiasa memberi aku motivasi time aku down. Dan lagi satu kita mesti ikhlas dgn diri kita dan dlm apa jua yg kita lakukan. Bukan senang nak senang kan? ;)

Dan jangan lah sentiasa berfikiran negatif. Kekadang orang tegur utk memberi nasihat atau mengkritik kita agar kita lebih berjiwa waja dan lebih baik dri semalam. Contoh nya bila Allah memberi kita ujian demi ujian, dia ingin melihat kualiti iman kita dan menyuruh hamba Nya utk sentiasa mengingati Nya.

Kejayaan yang kita capai dgn penuh ranjau lebih manis rasa nya berbanding dgn kejayaan yg di capai dgn jalan pintas..

Sentiasa lah berfikiran positif, jikalau bangsa lain boleh berjaya tanpa subsidi lah bagai, budaya dan bahasa yg berlainan dan berbagai lagi halangan, mengapa kita tak boleh hidup senang dan kaya raya di tanah air kita sendiri! Berfikir dengan akal yg jelas dan waras, kenali potensi dan bakat serta keistimewaan sendiri dan lepas tu set kan matlamat serta hala tuju diri kita. Dan berusaha lah serta bertawakal lah kepada yang Maha Esa ;)

Tepuk dada, tanya iman kita ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan