BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Selasa, 26 Oktober 2010

Kesian Kat Negara Jiran kita...

salam..
Hari ni bila baca tajuk berita kat Berita Harian OnLine; Tsunami Indonesia; 112 maut, 502 masih hilang. Macam-macam berlegar kat kepala otak aku ni.
Tak putus-putus bencana melanda negara jiran kita yang satu ni. Semua nya yg dasat2 pulak tu. Semua nya menarik perhatian mata dunia.
Dpd kemusnahan akibat bencana alam hingga lh kepada kemusnahan akibat perilaku manusia; lebih di sifatkan kpd terrorist. Ironi nya serangan-serangan terrorist tu pulak master mind nya adalah warga Malaysia. Berjuang atas nama jihad di jalan Allah kata nya. Malu pd masyarakat dunia bila islam dikecam agama pengganas. Jangan babit kan nama Allah utk buat kejahatan. Islam agama yg suci penuh kedamaian ;)


Banjir di Kota Tinggi 2007

Kesimpulan nya; Malaysia dan Indonesia memang senang di ajak kolaborasi, tp senang jugak utk di jadi bahan konfrontasi. Tak paham sgt dgn perangai manusia yg suka kan konfrontasi. Mungkin kerana aku ni miliki jiwa yg damai. Tapi jgn di sangka sedamai air di lautan tiada bahanya, tsunami telah membukti kan nya. Habis Banda aceh telah di sapu bersih. Masya Allah.. masih terasa sebak di dada bila mengingat kembali gambar-gambar yg ku lihat sama ada di tv atau di akhbar. Begitu besar kuasa Allah, hingga beberapa tempat di semenanjung Malaysia juga terkena tempias nya. Tu baru sket je. Baru warning kot! Banjir besar yg melanda Kota Tinggi pun apa kurang nya. Siap ada 1st wave, 2nd wave pulak. Hingga tak tercapai akal ku. Macam mana air boleh naik meninggi hingga menenggelam kan deretan kedai-kedai di bandar Kota Tinggi.. Tiada yang mustahil bagi Allah ;)

Berbalik kepada tsunami yg melanda Indonesia semalam; dikatakan kadar kematian mencecah seramai 112 orang dan seramai 500 orang masih hilang tak dapat dikesan. Tsunami yg terhasil dpd impak gempa bumi bermagnitud 7.7 skala ritcher yg melanda kepulauan Mentawai, Barat Sumatera isnin lalu membentuk ombak setinggi 3 meter memusnahkan 10 perkampungan di negara itu. Pihak berkuasa Indonesia berkata, air memusnahkan kawasan darat sejauh 600 meter di bahagian selatan Pulau Pagai.

Minggu lepas negara kita diselubungi jerebu yg dasat. Hingga memaksa sekolah-sekolah di Muar di tutup kerana indeks udara yg tidak sihat. Udara beracun! hehe.. Bila aku pi keje kol 10 pg pun terasa mcm kol 7 pg. jalan nampak berkabus je.. Rasa nya mcm dh jadi acara tahunan pulak jerebu ni. akibat dpd kebakaran hutan yang tidak terkawal di negara seberang. Ada desas-desus dikata kan di dalangi oleh warga Malaysia juga; yg mengusahakan ladang2.

Malaysia & Indonesia memang tak boleh di pisah kan agak nya. Jujur aku akui, darah yg mengalir di tubuh ku ini juga campuran darah Indonesia. Arwah datuk aku asal nya dari Jawa, Ponorogo. Malah, beberapa tahun lepas, ada saudara mara sebelah atuk aku yg menjejak kami utk mengerat kan silaturrahim. So sweet.. ;)

Gunung Berapi Merapi

Dalam masa yg sama, Gunung Berapi Merapi juga telah memuntah kan lava nya. Kini korban di jangka telah mencapai 25 orang. Merapi maksud nya Gunung Api di dlm bahasa Indonesia. aku kesian kan meraka-meraka yg tidak berdosa. Kanak-kanak dan orang tua. Makin ramai lh kanak-kanak yg akan menjadi yatim piatu, atau bertambah lah wanita yg menjadi balu.

Keadaan ekonomi dunia makin kacau. Harga barangan makin naik, tak setimpal dgn pendapatan. Yang kaya terus kaya, yang si miskin hidup merana. Kesusahan dan kesempitan hidup menjadi kan mereka sanggup meninggalkan tanah air dan keluarga tercinta demi menyuap nasi ke mulut-mulut yg semesti nya menjadi kewajipan.

Setiap orang mempunyai jalan nya sendiri. Jalan sukar atau mungkin kita seorang yg bernasib baik melalui jalan yg mudah utk mencapai kesenangan. Semua nya sudah tertulis di Loh Mahfuz. Dalam kita berusaha jgn lupa utk menggantung kan harapan kepada yg Maha Esa.

DIA sentiasa ada, Maha Mendengar akan segala keluh kesah hamba Nya. Janji Nya amat pasti. Yakin pasti... ;)





Pelangi Petang



Salam...
Hari ni hari ke-2 aku on leave. Kebetulan pulak hari ni kena hantar Awisy pi check up rutin kat klinik. Dah masuk 10.5 kgm berat dia. Patut lah semput semacam je kalau dukung dia masa naik tangga. ;)

Ntah angin apa agak nya dia hari ni. Menangis sampai merah padam muka dia bila nak di hantar ke rumah nenek nya. Sebak pulak aku. Tak jadi aku nak hantar pi umah nenek dia. Ingat plan hari ni nak siapkan dokumen utk pi interview sok. Terpaksa pending lah, kalu Awisy ada mmg tak siap keje lh semua nya. Kita nak menaip, dia pun nak menaip gak.

Wish me luck for my interview ya!!! ;)

Rutin aku bila jaga dia; waktu pagi/petang aku akan bawak dia berjalan-jalan keliling blok tempat aku tinggal, main gelungsur kat KEMAS dan jalan-jalan tepi laut.

Ramai jugak orang hari ni. Mungkin masing-masing cuba mencari ketenangan dan kedamaian di sebalik hembusan angin laut yg lembut. Tapi bagi aku hari ni angin laut bertiup agak kasar dan hawa nya agak sejuk.

Tak lekang senyuman di bibir Awisy; seperti selalu. Kekadang dia akan terbongkok-bongkok mengutip sesuatu seperti daun-daun kering. sampah sarap atau sisa-sisa makanan. Bila aku menegah nya, dia tetap akan buat jugak. Walau pun sekadar menguis nya dgn hujung jari kaki nya. Aduhai, Awisy, Awisy...

Aku terus mengendong nya, mengelak kan dia mengulang perbuatan nya lagi.

Aku menunding kan jari ku ke arah seoarng lelaki tua berbangsa tiong hua yg sedang melontar kail nya ke laut.
"Awisy, tgok tu. Ada org pancing ikan. Dia nak tangkap fishhh.."
Lelaki tua itu melontar kail nya yg ke-2.
sekejapan kail yg pertama di lontar telah mengena. Adalah besar saiz 3 jari ikan yg di tangkap nya itu.

Tiba-tiba terdengar bunyi Kapal terbang.
"Haa, Awisy bunyi apa tu. Bunyi aeroplane sayang.. haaa"
kami sama-sama memandang langit, mencari-cari objek yg menghasil kan bunyi tersebut.
"Tak ada pun. tapi bunyi nya kuat" getus hati kecil ku.

"Tak ada lh sayang. Bunyi ada, mana ntah. mama tak nampak pun. Awisy dgr tak?"
Awisy hanya diam saje. tapi tumpuan nya tak lepas dari memandang langit. Mungkin kapal terbang tu lalu di celah-celah awan. Jadi tak nampak kelibat nya.

SubhanaAllah.. lain yg di cari, lain pulak yg kami jumpa.

PELANGI!!!

Dah lama aku tak nampak pelangi. Walau pun hanya tinggal separuh. Seri nya masih ada lagi.
Cukup utk mendamai kan hati. Aku membisik kan ke telinga Awisy. "Awisy nampak tak tu, rainbow sayang. PELANGI..." jari ku menunding ke arah pelangi tersebut. Aku melihat bola mata nya. Tak pasti dia faham ke tidak. tapi anak mata nya memandang ke satu arah yang kosong. "Tu lah sayang, tu tu.. "aku memberi nya panduan. dia memandang wajah ku dgn reaksi macam tak paham je.

Seingat aku, dh lama rasa nya aku tak melihat pelangi. Pelangi yg paling pelik pernah aku lihat masa aku darjah 6 kot. Waktu itu hari sabtu, dlm pukul 1 tgh hari. kalau kebiasaanya kita nampak pelangi di kaki langit, tp pelangi yg aku nampak masa tu berbentuk bulat dan letak nya di atas langit betul2 di atas kepala aku dan dlm skala yg agak besar. Berdebar jugak aku masa tu. Sebab mcm pelik je.

Mitos yg selalu di momok kan kpd aku waktu kecil dulu, konon nya di hujung pelangi tu ada harta karun. tapi ada seekor naga yg menjaga nya. aku pernah cuba mengejar nya, tp penat nya berlari tak sampai-sampai. nampak dekat, tp jauh tuuu...

Agak-agak apa citer dongeng mengenai pelangi yg aku nak citer kat Awisy nanti ye! ;) hahaha

Awisy menunjuk kan jari nya ke longgokan batu-batu besar yg disusun di tepi tebing, mengajak aku turun. "No, cannot! nanti jatuh. Takut lh mama" jgn nak cari pasal. Tebing yg sedikit curam tu dh cukup mengeri kan aku. Kang jatuh satu hal pulak, tak pasal-pasal aku di saspek dera anak pulak.

Aku melepaskan nya berjalan melepasi sekelompok anak-anak muda yg sorok-sorok meneguk air kencing setan. anak sape lh ni. Anak aku nanti nth mcm mana lh gaya nya. Ya Allah, kau lindungi lh zuriat & keturunan ku dari melakukan dosa-dosa besar & maksiat di muka bumi Mu ini Ya Allah...

Hari dh menginjak ke senja. Aku lantas mengendong nya pulang.
Sepetang di Stulang Laut, berbagai ragam, berbagai cerita...