BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Selasa, 5 Oktober 2010

Perhatian; Jika anak Jatuh Kepala Terhentak...

Sebenar nye aku tengah kusut ni.. atau pun lebih kepada risau ataupun perasaan bersalah. Semalam Awisy jatuh tertiarap kat bilik air. Tak pasti hentakan nye kuat atau tidak. Cuma ada bekas merah kat dahi nya dan bibir nya pecah lalu mengeluarkan darah (mukin terkena giginya).
Awisy seorang kanak2 yg sangat lasak. Dalam sehari tu mesti lah ada terhantuk sana,terhantuk sini. Maklumlah 'org baru dapat kaki' (berumur 1 tahun, 2 bulan. Dia pandai jalan masa umur nya genap setahun)
Kekadang tu tengah jalan2 dia akan langgar pintu lah, meja lah, kerusi lah.. tak pun tengah jalan2 dia tersandung kaki dia sendiri pas tu dia jatuh.. dan aku pulak yg jadi mangsa kemarahan laki aku. Bengang tau tak. Tak kan kita nak pegang ajer dia, tak kasi dia bergerak. Nak pulak dia dok diam je.. Hari ni aku berazam tak mau lagi dia terhantuk atau jatuh tersembam, or whatever apa yg boleh buat dia injured. Masa kat bilik air tadi, aku pegang dia betul2. Tapi lain pulak hal nye bila dah kuar bilik air. Dia ikut aku masuk bilik, dan aku berikan dia tuala. pas tu aku suruh dia bagi daddy dia. Masa dia nak kuar bilik tu, dia boleh pulak terhantuk kat pintu. Menangis teresak2 dia. Kepala dia benjol dan kebiruan. Aku nak tuam, tapi dia menepis tak mau. Lepas dapat susu dia terus tidur. Membebel laki aku.. Aku pulak bingit asik dimarah je.
Aku risau sebenar nya. Hari2 mesti Awisy ada terhantuk. Takut ada effect yg bukan2 je.
Untuk mengurangkan kerisauan aku ni, aku search info mengenai anak2 yang pernah terjatuh kepala terhentak. Hasil dpd topik2 yg dibincangkan ni adalah hasil rumusan aku. (Sebenarnya bukan mengurangkan kerisauan aku, tapi menambahkan kerisauan adalah... ;(

Definisi Kepala
secara bahasa layman nya, kepala adalah dari dahi, merangkumi seluruh atas kepala, ke paras leher di belakang dan tepi telinga.

Point yg harus diberi perhatian:

1.IMPAK YG SIKNIFIKAN iaitu cara dan mekanisma kejadian jatuh/terhantuk kepala itu.
Kalau sgt tinggi (suatu kedaan yg lebih tinggi dpd tinggi bayi), tengkok tergeliat, benjol yg besar, mesti bawak berjumpa doktor sekurang2nya ke klinik.

2.Jika anak anda dijaga oleh pengasuh sila perhatikan simptoms2 ini pada anak anda. Manalah tau, kot2 anak kita jatuh, tapi pengasuh tak inform kat kita.

Simptom2 blh dibahagikan kepada local atau general.

Local symptoms are:
lebam, benjol atau luka pada bahagian yg terkena kemalangan

General symptoms:

Lebih mengantuk daripada biasa, tidak aktif, Muntah2, tidak mahu minum susu, hilang ingatan, lemah tenaga, and worst are sawan dan koma

p/s: jika anda tahu anak anda jatuh, lakukan pengawasan selama 24 jam utk simptom2 di atas. Atau bawa ke hospital untuk 24 hours hospital admissions (mandataory if significant impact ketinggian lebih 2 kali dpd ketinggian bayi dan ada benjol besar. Terus bawa ke hospital ye, jgn bwk pi klinik pulak)

3. 8% dari kanak-kanak yang mengalami kecederaan kepala yang mempunyai tahap kesedaraan yang penuh menunjukkan Intra cranial injury (ICI) di dalam CT scan. Separuh dari jumlah ini memerlukan pembedahan otak. 8% ini bersamaan dengan lebih 10,000 orang kanak-kanak.

4. 2 kajian menunjukkan kanak-kanak (kurang dari 2 tahun) yang mengalami lebam atau benjol di kepala walaupun pemeriksaan yang lain termasuk tahap kesedaran adalah normal, berisiko untuk mengalami intra cranial injury (kecederaan otak).

5. Bayi juga tidak seperti orang dewasa, otak mereka tersangat sensitif lagi fragile dengan sebarang hentakan.Untuk tidak terlewat mengambil tindakan, adalah disarankan semua kanak-kanak, mestilah dilakukan CT brain apabila pemeriksaan menunjukkan tahap kesedaran yang normal tetapi mempunyai hilang ingatan (loss of consciousness) lebih 30 saat, kelihatan mengantuk atau muntah-muntah. Contoh loss of consciousness: Bayi yang tidak menangis selepas jatuh, dia hanya terdiam seketika. Dlm bahasa perubatan, bayi tersebut telah mengalami hilang kesedaran sementara (loss of consciousness).

6. Ct brain mesti dilakukan kepada semua kanak-kanak kurang dari umur 2 tahun yang mengalami benjol di kepala walaupun pemeriksaan neurologi yang lain normal. (sebagai ibu bapa, anda ada hak untuk meminta Ct brain dilakukan (if Ct Scan facility is available in the hospital) walaupun doktor yang memeriksa tidak mahu melakukannya!

APA ITU CT SCAN?

Tujuan utama CT scan otak dibuat adalah untuk melihat samada anak/bayi itu mengalami kecederaan serius, terutamanya pendarahan dalam otak atau keretakan di tulang kepala.

Kebanyakan kesan daripada jatuh yang menyebabkan kecederaan otak akan berlaku dalam masa terdekat (terutamanya dalam 24jam yang pertama).

Ada juga kecederaan kepala yang hanya menunjukkan simptom setelah beberapa hari, malah boleh setelah minggu2 lamanya, namum amat2 jarang berlaku. Ada sesetengah kes bayi jatuh yang hanya mengalami simptom setelah 5 hari jatuh, (bayi ini kena sawan)

Sekiranya bayi jatuh, salah satu keadaan2 yang tersebut di bawah ini akan menyebabkan bayi itu MESTI ditahan di wad untuk observation atau rawatan selanjutnya:
1. Hilang kesedaran (sekejap atau lama)
2. Menangis ‘irritable’ (berbeza dengan menangis sebab sakit, yang selalunya sekejap2 dan dapat dipujuk)
3. Muntah2
4. Tidak aktif, selalu tidur sahaja atau tidak mahu minum
5. Sawan
6. Benjolan yang besar, pendarahan dari hidung/telinga/mulut, atau lebam di mata, atau lain2 kesan fizikal yang signifikan.
7. High impact fall
8. Bayi yang masih belum boleh berpusing (<3>
9. Apa2 penemuan yang tidak normal semasa pemeriksaan oleh Doktor.

Sekiranya sudah lebih 24 jam dan anak anda terus tiada simptom/benjolan besar, perhatikan saja di rumah. Sekiranya ada simptom baru, terus bawa ke hospital, bahagian kecemasan (bukan ke GP/klinik kesihatan).

CT scan tidak perlu dibuat kepada anak2 yang sudah lama jatuh dan tiada apa2 simptom.

Tidak akan dapat dipastikan secara langsung melalui CT scan kesan jatuh kepada perkembangan kanak2. Kesan perkembangan anak yang tidak normal pada masa sekarang juga tidak dapat dipastikan samada ia secara langsung berkaitan dengan jatuh yang dulu, atau berkaitan dengan faktor2 lain.

Sedikit panduan:
1. Bayi yang belum pandai berdiri/memanjat MESTILAH diletakkan dalam 'cot'. Walaupun yang baru lahir, sebab risiko untuk jatuh masih ada. Sekarang bayi 3 bulan pun sudah pandai berpusing. Sekurang2nya, letakkanlah bantal sebagai penghadang.

2. Bayi yang pandai memanjat, elakkan daripada diletakkan di dalam cot atau di tempat tinggi seperti high chair tanpa pengawasan orang dewasa.

3. Pastikan anak anda yang aktif tidak dibiarkan tanpa pengawasan orang dewasa.

4. Pastikan rumah anda bebas daripada ancaman berbahaya terhadap kanak2.

5. Terangkan kepada 'maid' berkenaan tentang bahayanya kecederaan kepala dan pentingnya untuk diberitahu dengan segera. (kerana banyak kes, maid diamkan saja kerana takut dimarahi)

Rumusan: Jika tiada obvious injury, luka atau lebam atau benjol yg besar, blh monitor kat rumah. Tapi kalau mekanisma siknifikan contohnya tinggi lbh 2 kaki atau lbh 2 kali tinggi bby, maka bawa jumpa doktor. Jika ada benjol dan luka, kena bawak jumpa doktor. Persistent vomiting (muntah berterusan), tidak aktif dan mengantuk ialah tanda2 merbahaya dan perlu di CT scan.


Sharing is caring. Hopefully ni dpt menenang kan perasaan aku. Mama syg sangat kat Awisy










Tiada ulasan:

Catat Ulasan