BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Selasa, 31 Ogos 2010

HAK-HAK SEORANG ISTERI MENGIKUT AL-QURAN & SUNNAH

Mesti tajuk ni menarik perhatian u all semua ni. Tergerak pulak kat hati ni nak search kat internert & muat kan dlm blog. Itu pun pasal aku tengok WANITA HARI NI kat TV3 tadi. Tajuk yg menarik bersempena dgn Hari Kemerdekaan Malaysia yg ke-53 tahun. Merdeka bukan aje setakat bebas dari penjajahan, tapi juga idealogi. Berapa ramai kaum muslimah yg tau hak2 dia sebagai isteri. Apa yg aku lihat selama ni sama ada dlm realiti atau pun dlm tv, kaum isteri begitu takut dgn suami (takut & hormat adalah sesuatu yg berbeza ye!). Bila sang suami buat muka bengis je, kat dada tu bagaikan di landa tsunami. Bila sang suami meninggikan suara je, terus terbang semua semangat bagaikan bunga2 lalang ditiup angin. Sesekali kena bersuara jugak. Jangan takut tak bertempat. Mungkin takut kena humban dlm neraka coz jadi isteri derhaka agak nya.

So kat sini aku muat kan apa yg u all perlu tahu mengenai hak2 u all sebagai isteri.
Sebelum itu, kita berkenalan apa makna HAK.
Hak dari sudut bahasa ialah benar, kebenaran, kuasa atas sesuatu atau untuk berbuat sesuatu dan ianya ditentukan oleh undang-undang, agama, adat istiadat dan lain-lain. (kamus dewan.2002.428)
Menurut istilah hak ialah sesuatu yang dapat dipunyai atau dikuasai, baik yang berupa benda mahupun yang berupa wewenang dan kewajipan ialah sesuatu yang perlu diberikan, baik yang berupa benda mahupun yang berupa perbuatan.(syafii.1995.273)
Firman Allah s.w.t :
Ertinya: “dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang ma’ruf. Akan tetapi para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya. Dan Allah maha perkasa lagi maha bijaksana” (al-baqarah:228)
Terdapat beberapa hak yang wajib suami tunaikan ke atas isteri berdasarkan nas al-Quran dan hadith Nabi antaranya hak MAHAR, hak NAFKAH, hak MENDAPAT HUBUNGAN KOMUNIKASI YG BAIK, hak MENDAPAT BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR, hak terhadap HARTA SEPENCARIAN, dan beberapa HAK ASASI WANITA, antaranya hak wanita untuk BERSUARA, hak untuk BEKERJA dan hak TERHADAP HARTANYA SENDIRI.

HAK-HAK YANG WAJIB DIBERIKAN KEPADA ISTERI:

1- HAK MENDAPAT MAHAR
Mahar adalah suatu pemberian wajib dari suami kepada isterinya dengan sebab berkahwin. Ia merupakan hak mutlak isteri. Banyak sedikitnya mahar itu bergantung kepada kerelaan atau kemahuan isteri. Firman Allah:
Ertinya: “berikanlah maskahwin (mahar) kepada wanita yang kamu kahwini sebagai pemberian penuh kerelaan, kemudian jika mereka menyerahkan kepadamu sebahagian dari maskahwin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu sebagai makanan yang sedap lagi baik akibatnya” (an-Nisa’:4)
Di dalam hadith Nabi s.a.w ini ada menerangkan beberapa benda yang boleh dijadikan mahar, antaranya:
a) Mata wang,
b) Barang seperti cincin, kasut, pakaian dan sebagainya
c) Pekerjaan seperti menghafal al-Quran
d) Makanan atau bahan
e) Dengan memerdekakannya
Mahar merupakan hak mutlak isteri yang tidak boleh diambil oleh suami sesuka hati melainkan dengan keredhaan dan keizinan isterinya. Seorang suami boleh berhutang mahar kepada isterinya dengan syarat ianya wajib dilunaskan kembali. Suami yang tidak mahu membayar mahar yang dihutang kepada isterinya diancam Allah dengan ancaman yang sama dengan orang-orang yang berhutang dengan niat tidak mahu melunasinya padahal mereka mampu untuk membayarnya kembali. Keadaan ini jelas merupakan penderhakaan terang-terangan terhadap hak isteri, sekaligus menderhakai Allah. Biasanya suami menganggap bahawa mahar itu tidak perlu lagi diberikan kepada isterinya kerana sudah menjadi satu keluarga hingga menurut anggapannya tidak ada lagi perhitungan hutang piutang bagi mereka yang telah mempunyai ikatan sebagi suami isteri.
Dalam situasi ini isteri boleh menasihati dan mengingatkan suami akan hutang maharnya serta ancaman Allah bagi perbuatannya, jika tidak diendahkan, isteri boleh meminta pertolongan dari pihak ke tiga untuk menasihatinya, jika tidak berhasil isteri boleh mengadu kepada mahkamah untuk memaksa suami melunasi hutang maharnya. Namun begitu memaafkan dan mengambil sikap berlapang dada adalah lebih dekat kepada taqwa.
Firman Allah:
Ertinya: “jika kamu menceraikan isteri-isterimu sebelum kamu bercampur dengan mereka padahal kamu telah menentukan maharnya, maka bayarlah separuh dari mahar yang telah kamu tentukan itu, kecuali kalau isteri-isterimu itu memaafkan atau dimaafkan oleh orang yang memegang ikatan nikah. Sikap maaf itu lebih adalah lebih dekat pada taqwa. Dan janganlah melupakan keutamaan antara sesama kamu. Sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang kamu
kerjakan” (al-Baqarah:237)

2. NAFKAH – ZAHIR DAN BATIN
Nafkah menurut istilah ialah mengeluarkan belanja atau sara hidup kepada mereka yang wajib atas seseorang itu untuk membiayainya. Biaya yang dimaksudkan ialah semua hajat dan keperluan pelajaran, makanan, ibadat, tempat tinggal dan sebagainya.(al-Syarbini.425). Hak nafkah yang wajib diberikan kepada isteri boleh dibahagikan kepada dua jenis, nafkah zahir dan nafkah batin.
NAFKAH ZAHIR
Sudah menjadi ketetapan agama bahawa suami wajib memberikan belanja untuk makan, minum,
pakaian dan tempat tinggal isteri sesuai dengan kemampuannya. Firman Allah s.w.t:

Ertinya:” hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang
yang disempitkan rezkinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar apa yang Allah
berikan kepadanya”.(al-Talaq:7)

Ertinya: “dan kewajipan ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang makruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya”. (al-baqarah:233)

Ertinya: “tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka dan menyempitkan hati mereka. Dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalaq) itu sedang hamil maka berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka bersalin” (al-talaq:6)

Sementara dalil-dalil dari sunnah pula:

Ertinya: dari Muawiyah al-Qusyairi, berkata: “saya datang kepada Rasulullah s.a.w lalu saya bertanya, bagaimana pandanganmu Ya Rasulullah tentang isteri-isteri kami? Sabdanya: “berilah mereka makan dari makanan yang kamu makan, berilah mereka pakaian dari pakaian yang kamu pakai, janganlah kamu pukul mereka dan jangan pula kamu buruk-burukkan mereka (H.R Abu Dawud)

Ayat-ayat dan hadith di atas menjelaskan bahawa setiap suami bertanggungjawab memberi makanan, pakaian kepada isterinya sesuai dengan kemampuannya. Suami tidak boleh memberi makanan dan pakaian kepada isterinya lebih buruk daripada apa yang dimakan dan dipakai suaminya. Begitu juga kadar makan dan pakai yang menjadi hak isteri diberikan mengikut kadar yang mampu diberikan oleh suaminya. Di dalam hal ini isteri tidak boleh meminta sesuatu yang di luar kemampuan suaminya. Akan tetapi sekiranya suami mampu memberikannya lebih tetapi tidak diberikan maka dalam situasi ini isteri dibenarkan mengambil harta suaminya seperti sabda Rasulullah s.a.w:

Ertinya: “dari aisyah r.a berkata: sesungguhnya Hindun datang kepada rasulullah lalu berkata: “wahai Rasulullah<>

Hadith ini menegaskan bahawa islam membenarkan bagi isteri mengambil harta suaminya sekadar untuk keperluan dirinya dan anak-anak, jika suaminya mempunyai harta yang cukup tetapi tidak memberikan haknya mengikut kemampuannya. Jika suami yang bakhil di cela oleh agama dan dibenarkan bagi isterinya mengambil tambahan dari harta suaminya tanpa pengetahuannya, maka lebih berdosalah lagi suami yang tidak memberi nafkah isterinya. Sudah tentu perbuatan itu tela melanggari hak isteri yang telah ditetapkan oleh syariat islam.

Isteri boleh memberi peringatan terhadap suami yang mengabaikan tanggungjawab memberi nafkah samada mahu memberi belanja atau menceraikannya. Menurut Imam Syafie kadar nafkah makanan yang wajib itu adalah mengikut keadaan suami. Maka jika suami itu orang kaya, nafkah isteri yang diwajibkan ialah dua cupak makanan setiap hari, suami yang miskin satu cupak dan suami yang sederhana satu cupak setengah.(Wahbah Zuhayliy.1985.798)

Menurut Imam an-Nawawi bahawa hak-hak yang wajib terhadap isteri itu tujuh perkara iaitu;
i. Makanan.
ii. Bahan-bahan seperti rempah-ratus (bawang, minyak masak, garam, gula, asam termasuk lauk-pauk dan sebagainya).
iii. Pembantu bagi isteri yang kebiasaannya mempunyai pembantu.
iv. Pakaian.
v. Alat-alat pembersih badan dan pencuci pakaian, sikat dan sebagainya.
vi. Perkakas-perkakas rumah seperti perkakas bilik air, perkakas tidor dan sebagainya dan yang terakhir ialah tempat tinggal (rumah). (an-Nawawi.450-461)

NAFKAH BATIN
Hendaklah mempergauli isteri itu dengan baik. Firman Allah:
Ertinya: isteri-isterimu adalah seperti tanah tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tanah tempat becucuk tanammu bagaimana saja kamu kehendaki. Dan kerjakanlah amal yang baik untuk dirimu dan bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa kamu kelak akan menemui Nya. Dan berilah khabar gembira orang-orang beriman. (al-Baqarah:223)

Ertinya: ...”dan bergaullah dengan mereka dengan sebaik-baiknya....”

Dalam Islam isteri boleh menolak hajat atau keinginan suaminya untuk bersetubuh dengan syarat ia mestilah dalam keadaan darurat atau keuzuran seperti semasa haid, nifas, sedang dalam ihram dan sebagainya. Bagaimanapun pengertian mengenai darurat dan keuzuran bukan setakat itu, banyak lagi perkara lain yang perlu difahami setiap suami. Misalnya jika isteri mengalami masalah kesihatan yang menyebabkan isteri tidak berupaya melayan kehendak seks suami, ia juga ditakrifkan sebagai darurat. Begitu juga jika isteri berada dalam keletihan yang amat sangat, penolakan berkenaan dirujuk kepada isteri yang dalam tertekan, runsing, mengantuk yang teramat sangat dan keletihan yang amat sangat sehingga meyebabkan isteri berkenaan tidak berkeupayaan melayani kehendak seks suaminya dengan baik, ia juga dibolehkan. Lebih-lebih lagi bagi isteri yang bekerja, tujuannya untuk membantu suaminya sendiri dalam soal kewangan.
Akan tetapi isteri perlu faham, jika mereka menolak hajat suaminya, ia mestilah ditolak dengan cara yang baik dan mestilah dijelaskan dengan sejelas dan sebaiknya sebab-sebab itu kepada suaminya, sehingga suaminya boleh memahami dan bertolak ansur dengannya.
Terdapat juga sesetengah suami yang sanggup menggunakan kekerasan atau paksaan ke atas isterinya untuk melakukan hubungan jenis demi memuaskan nafsunya sendiri dengan menafikan terus hak isteri , walaupun isteri berada dalam keadaan tidak bersedia dan sudah pun menolak hajatnya dengan baik. Dalam keadaan seperti ini, jika suami tidak memahaminya, isteri boleh membawanya ke mahkamah dan mahkamah pasti akan memberikan pertimbangan yang sewajarnya.
Namun begitu pangertian nafkah batin bukanlah berkisar perlakuan seksual semata-mata. Seks hanya salah satu cabang bagi maksud nafkah batin, selain seks berkongsi masalah, mendengar luahan isteri, berbual dan bermesra serta mendidik ajaran agama terhadap isteri juga termasuk dalam definisi nafkah batin.

3. KOMUNIKASI YANG BAIK
Membina komunikasi yang baik sesama suami isteri adalah dituntut di dalam Islam. Suami harus berlaku adil kepada isteri, dan isteri juga haruslah berlaku adil terhadap suami. Komunikasi yang baik terhadap isteri termasuklah melayaninya dengan baik, lembah lembut, bertolak ansur sama ada dalam hubungan fizikal atau mental. Ini bersesuaian dengan sifat semula jadi wanita yang lembut dan mudah terguris hatinya. Perkara ini jelas dinyatakan dalam hadith Nabi s.a.w. Sabda Rasulullah s.a.w:

dari Abu Hurairah r.a ia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “pergaulilah kaum wanita itu dengan pergaulan yang lemah lembut, kerana sesungguhnya kaum wanita itu dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya tulang rusuk itulah yang sebengkok-bengkoknya ialah yang paling atas. Maka apabila engkau hendak meluruskannya, luruskannlah dengan perlahan dan apabila tidak diluruskan, ia sentiasa bengkok selama-lamanya. Oleh sebab itu pergaulilah wanita dengan pergaulan yang lemah lembut”. (H.R Bukhari dan Muslim)

Hadis tersebut jelas menerangkan cara komunikasi yang berkesan terhadap wanita.Perlakuan kasar kepada isteri mencakupi ucapan yang menyakitkan atau tindakan yang menyakitkan fizikalnya. Bentuk tindakan yang menyakitkan perasaan isteri misalnya mencari-cari kesilapan isteri, mengkhianati isteri, menganggu ketenangan isteri malam hari misalnya dengan pulang lewat malam dari berpoya-poya atau bermain atau bersembang-sembang di luar hanya memenuhi seleranya sendiri tanpa memerhatikan kepentingan isteri. Tindakan seperti ini dilarang oleh Rasulullah s.a.w, sabda Baginda:

Ertinya: dari Jabir: Nabi s.a.w melarang suami mengetuk pintu keluarganya pada malam hari,
melarang berkhianat kepada mereka atau mencari-cari kesalahan mereka. (H.R Muslim)

Seorang suami yang baik akan sentiasa menghormati dan melayani isteri dengan baik dan bersabar dengan tingkah laku isterinya yang mungkin tidak disukainya. Firman Allah:

Ertinya: ...”dan bergaullah dengan mereka secara patut (makruf), kemudian bila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menykai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak”

Dalam hal ini jika suami gagal berkomunikasi dengan baik terhadap isteri hingga membawa kepada masalah yang besar, isteri boleh menasihati dan mengingatkan suami akan hak tersebut. Jika suami enggan berubah isteri boleh meminta bantuan daripada orang tengah untuk menasihati suami agar tidak berkasar dengan isteri. Jika tidak berhasil isteri dapat mengadukan masalahnya ke mahkamah syariah untuk mengambil tindakan tertentu kepada suaminya agar tidak mengulangi kekasarannya terhadap isteri. Dalam hal ini isteri haruslah celik agama dengan memahami dan menghayati segala hak yang telah diberikan Islam kepadanya untuk menjamin
maruah wanita Islam.

4- HAK MENDAPAT BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR
Isteri berhak menerima bimbingan dari suami dan tunjuk ajar serta nasihat darinya samada dari sudut pendidikan agama, pergaulan sesama saudara baik dari sebelah isteri mahupun suami, dengan jiran tetangga,cara berpakaian, cara mengawal emosi dan sebagainya. Suami juga berhak mengajar isteri cara mendidik anak dengan betul malah isteri dan anak-anak berhak mendapat contoh akhlak yang terpuji dari suaminya sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a dari Nabi s.a.w:

Ertinya:” Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka janganlah menyakiti jiran tetangganya, dan hendaklah kamu berpesan tentang berbuat baik terhadap perempuan kerana sesungguhnyaperempuan ini dijadikan daripada tulang rusuk yang bengkok, sebengkok-bengkok tulang rusuk itu yang atasnya, sekiranya engkau cuba membetulkannya ia akan patah dan jika sekiranya engkau membiarkannya dia akan terus bengkok, oleh itu maka hendaklah engkau sentiasa berpesan tentang berbuat baik kepada perempuan”.

Ertinya:Rasulullah s.a.w bersabda:”setiap orang di antaramu adalah pemimpin dan setiap orang akan dipertanggungjawabkan atas kepimpinannya, seorang imam adalah pemimpin atas umatnya,dan dia bertanggungjawab atas rakyatnya, seorang suami adalah pemimpin bagi keluarganya dan dia bertanggungjawab ke atas isteri dan keluarganya.....(HR Ahmad,Abu Dawud dan Tirmizi)

Begitu juga suami wajib memelihara isterinya dari segala perkara yang boleh mencemarkan kehormatannya dan menjauhkannya dari perbincangan yang tidak baik. Begitu juga dalam mendisiplinkan isteri, suami berhak mendidik dan memberi tunjuk ajar yang baik kepada isteri.

Ertinya: “hai orang-orang yang beriman jagalah dirimu dan keluargamu dari seksa api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang keras yang tidak menderhakai Allah atas perintah-Nyadan selalu taat pada apa yang diperintahkan kepada mereka” (at-Tahrim:6)

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa suami bertanggungjawab menjaga ahli keluarganya termasuk isteri dari segala macam perbuatan dosa ataupun syirik. Ia juga menegaskan hak isteri untuk dijauhkan dari perbuatan dosa dan maksiat. Jika isteri nyata telah melakukan perbuatan dosa maka wajblah suami mengambil tindakan. Namun begitu terdapat juga suami yang mengajak isterinya melakukan dosa dan maksiat, maka suami ini telah derhaka terhadap isterinya dan terhadap Allah kerana tidak menjalankan tugasnya untuk mendidik dan menjauhkan isteri dari perbuatan dosa.

5- HAK BEKERJA
Bekerja merupakan suatu yang telah disyariatkan islam untuk memenuhi keperluan hidup seharian seperti makan, minum, pakai, tempat tinggal dan untuk memberi nafkah bagi orang yang dibawah tanggungannya. Dalam konteks wanita bekerja menurut islam, hukum asal baginya adalah tidak perlu keluar untuk bekerja, ini adalah kerana nafkahnya akan ditanggung oleh suami bagi yang telah berumahtangga, manakala yang tidak berkahwin akan ditanggung oleh bapa atau wali dibawahnya1. Ini merupakan satu anugerah besar yang diberikan dalam Islam untuk kaum wanita dimana mereka tidak perlu bersusah payah, bertungkus lumus memcari rezki untuk orang lain. Akan tetapi di sana terdapat beberapa situasi yang membenarkan wanita untuk keluar bekerja, antaranya jika keadaan terdesak yang memerlukan mereka keluar sepertimana yang berlaku ke atas kedua anak perempuan Nabi Allah syuaib a.s. Firman Allah:

Ertinya: “dan tatkala ia sampai di sumber air negeri madya ia menjumpai di sana sekumpulan orang yang sedang meminumkan ternaknya, dan ia menjumpai di belakang orang banyak itu dua orang wanita yang sedang menghambat ternakannya. Musa berkata: “apakah maksudmu dengan berbuat begit?”kedua wanita itu menjawab: “kami tidak dapat meminumkan ternakan kami sebelum pengembala-pengembala itu memulangkan ternaknya sedangkan bapa kami adalah orang tua yang lanjut umurnya”. Maka Musa memberi minnum ternak itu untuk menolong mereka berdua, kemudian dia kembali di tempat yang teduh lalu berdoa: “ya Ttuhanku sesungguhnya aku sangat memerlukan suatu kebaikan yang Engkau turunkan padaku”. (al-Qasas: 23-24)

Dalam menongkah arus kehidupan di era ini yang serba kompleks serta menuntut kepada banyak tuntutan kehidupan yang segalanya perlu dibayar dengan wang ringgit. Oleh yang demikian kerjasama antara suami isteri amatlah digalakkan demi menjamin kehidupan yang berkualiti. Kerjasama isteri dalam menjana ekonomi rumahtangga demi membantu suami merupakan lumrah kehidupan masa kini. Dan ia merupakan suatu desakan hidup memandangkan taraf kehidupan pada masa kini yang semakin meningkat, dengan urusan persekolahan anak-anak, hutang rumah, kereta dan segala macam lagi bil-bil yang perlu dilunaskan menuntut isteri keluar bekerja untuk membantu meringankan beban suami. Akan tetapi, suami hendaklah mendapat persetujuan dari pihak isteri untuk membantunya.
Diharuskan wanita keluar bekerja asal sahaja mereka dapat mematuhi peraturan-peraturan berikut:
1- situasi yang mendesak wanita keluar bekerja
2- niat untuk mendapatkan rezki yang halal dan mendapat keredhaan Allah
3- mendapat keizinan suami atau wali
4- Janganlah pekerjaan atau tugasnya itu mengabaikan kewajipan-kewajipan lain yang tidak boleh diabaikan seperti kewajipan terhadap suami dan ank-anaknya yang merupakan kewajipan pertama dan tugas utamanya.
5- pekerjaan itu tidak bertentangan dengan syarak.
6- Menutup aurat dan memenuhi adab wanita muslimah ketika keluar rumah, dalam berpakaian, berjalan, berbicara, dan melakukan gerak-geri
7- Mengimbangi antara tugas di rumah dan di tempat kerja

Setelah membicarakan hak bekerja bagi isteri dan keharusannya untuk keluar bekerja untuk membantu meringankan beban suami, maka tidak wajarlah bagi suami melimpahkahkan tanggungjawabnya kepada isteri seperti tidak mahu lagi memikul beban keluarga baik dalam urusan memimpin mahupun membelanjai keluarga. Ia menjadikan suami lelaki yang tidak bertanggungjawab, dengan menyuruh isterinya bekerja mencari nafkah, mengurus pendidikan anak, mengatur rumahtangga sekaligus juga melayani dirinya. Suami sebegini telah melanggar ketetapan yang telah digariskan Allah dan Rasul-Nya. Rasulullah s.a.w pernah menyampaikan peringatan bahawa satu kaum, termasuk di dalamnya suami, tidak akan memperoleh kejayaan bila menjadikan wanita, termasuk di dalamnya isteri sebagai pemimpin

Dari Abu Bakrah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:”suatu kaum tidak akan beruntung kerana mereka menyerahkan urusan-urusan mereka kepada wanita”. (H.R Bukhary, Tarmizi dan Nasa’i)
Jika seorang isteri yang suaminya membebaninya untuk memimpin rumahtangga dan memikul tanggungjawab mencari nafkah bagi keluarganya hendaklah mengambil langkah-langkah berikut, antaranya mengingatkan dan menasihati suaminya agar menyedari fungsinya sebagai pemimpin dan pencari nafkah bagi keluarganya, jika tidak minta bantuan orang ketiga untuk menasihatinya akan tanggungjawabnya memimpin dan memikul beban keluarga, jika tidak berjaya minta bantuan mahkamah syariah untuk menasihatinya dan jalan yang terakhir jika suami tidak mengendahkannya adalah dengan memohon cerai yang dipandang sebagai jalan terakhir dan terbaik untuk dirinya dan anak-anak.

6. HAK BERSUARA
Kebebasan bersuara bermaksud seseorang mumpunyai hak untuk menyuarakan pendapatnya dalam apa jua perkara samada umum atau khusus dan samada pendapat itu bersesuaian atau bertentangan dengan pendapat umum (abdul kareem zaydan.1997.210)

Di dalam sesebuah institusi rumahtangga suami isteri mempunyai hak untuk mengutarakan apa jua pendapat yang dapat membina dan menjamin kerukunan dan kebahagiaan sesebuah rumahtangga. Hak isteri bersuara menyatakan haknya juga dibenarkan di dalam islam lebih-lebih lagi jikalau haknya tidak ditunaikan oleh suami. Sekiranya isteri bersuara untuk mendapatkan haknya yang telah diingkari oleh suami, tidaklah wajar bagi suami mengatakan bahawa isterinya telah menderhakainya sedangkan si isteri sedang memperjuangkan haknya yang telah diabaikan oleh suami. Akan tetapi dalam keadaan ini isteri haruslah pandai memainkan peranannya supaya apa yang akan disuarakannya itu dapat disampaikan dengan cara yang bijak dan berhikmah.

7- HAK TERHADAP HARTA ISTERI
Sudah menjadi amalan masyarakat kita hari ini menganggap harta isteri adalah harta suami dan boleh digunakan oleh suami sebagaimana harta suami yang digunakan oleh isteri. Malahan terdapat segelintir suami yang sanggup memaksa isteri bekerja dan mengambil wang gaji isteri tanpa keizinannya. Ini merupakan suatu amalan yang buruk dan melanggar hak seorang isteri di mana di dalam islam harta isteri merupakan harta khususnya yang tidak boleh digunakan sesuka hati oleh suami melainkan sesudah mendapat keizinannya dan isteri redha menyerahkan hartanya kepada suami. Jika tidak harta itu adalah hak mutlak isteri yang tidak boleh diganggu gugat.

Menurut Yusuf al-Qardawi tidak halal bagi suami menyusahkan isterinya dan memperlakukannya dengan buruk agar si isteri menebus dirinya dengan mengembalikan harta yang telah diberikan kepadanya seluruhnya atau sebahagiannya sedangkan isteri tidak melakukan perbuatan keji yang nyata. (qardawi.2000.249) Ini jelas dinyatakan di dalam firman Allah:
“janganlah kamu menyusahkan mereka kerana hendak mengambil kembali sebahagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, kecuali jika mereka melakukan perbuatan keji yang nyata” (surah an-nisa’:19)

Bagi suami yang tidak suka kepada isterinya dan ada hasrat menikah dengan wanita lain, maka diharamkan baginya mengambil kembali apa yang tela diberikannya kepada isterinya. Firman Allah:
“dan jika kamu ingin mengganti isterimu dengan isteri yang lain, sedang kamu telah memberikan kepada seseorang di antara mereka harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil kembali daripadanya barang sedikit pun....” (surah an-nisa’:20-21)

8- HAK TERHADAP HARTA SEPENCARIAN
Harta sepencarian menurut bahasa ialah harta benda yang diperolehi daripada usaha suami isteri.(kamus dewan.2002.443). Aset yang diperoleh oleh suami isteri dalam masa perkahwinan melalui usaha bersama mereka, adalah sinonim dengan “harta sepencarian” dan tidak melibatkan aset isteri yang diperolehi dari usaha tunggalnya sendiri atau harta pusaka yang diwarisinya. “Harta sepencarian” telah ditafsirkan oleh Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) sebagai “harta yang diperoleh bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syara’.(Akta undang-undang keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.)

Sumbangan secara tidak langsung oleh isteri seperti sumbangan ke arah kebajikan keluarga dengan memelihara rumahtangga atau menjaga keluarga diambilkira sebagai sumbangan untuk memperolehi harta sepencarian. Penyertaan isteri dalam kerja-kerja suaminya walaupun secara tidak langsung seperti hanya mengiringi suami dalam perjalanan untuk menjalankan perniagaan hendaklah dianggap sebagai sumbangannya dalam perolehan harta kerana penyertaan isteri itu memberi kedamaian dan ketenteraman kepada suami sehingga berjaya dalam pekerjaannya. Oleh itu apa-apa aset/harta sama ada harta alih atau harta tak alih yang diperolehi semasa perkahwinan adalah menjadi harta sepencarian. Sumbangan tidak langsung ini telah diiktiraf oleh hukum Syara’. Dalam ayat 228 surah al-Baqarah, Allah berfirman:
yang bermaksud: "... Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang
hukum Syara’).....”.

Dari kenyataan di atas jelas bahawa dalam suatu tuntutan harta sepencarian, sumbangan satu pihak hanya timbul jika suami sahaja yang berkerja mendapatkan harta tersebut manakala pihak isteri berada di rumah untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri. Dalam keadaan ini isteri dianggap sebagai memberi sumbangan secara tidak langsung dan sumbangan itu diakui oleh Syara’. Jika isteri bekerja dan memperoleh harta sedangkan suami tidak bekerja tetapi mendakwa bahawa beliau telah memberi sumbangan secara tidak langsung dengan menjaga keluarga seperti menghantar isteri ke tempat kerja dan menjaga anak-anak di rumah, maka tuntutan suami untuk mendapatkan bahagiannya daripada harta tersebut tidak diiktiraf oleh hukum Syara’. Ini adalah kerana tanggungjawab sebenar mencari rezeki dan mencari harta untuk kebahagian rumahtangga adalah terletak pada suami.

Petikan dpd: HAK-HAK ISTERI DALAM PERKAHWINAN MENURUT AL-QURAN DAN
AL-SUNNAH
Oleh:
Robiatul Adawiyah Mohd
Kolej Universiti Islam Malaysia
adawiyah@admin.kuim.edu.my


Sabtu, 28 Ogos 2010

Bermula disini...

Alhamdulillah, tiada kata2 yang lebih sesuai mengambarkan kegembiraan aku tika ini. Rutin aku pada hari ni bermula dengan membawa Awisy bersiar2 di sekeliling kawasan flet. Aku biarkan dia bebas berjalan dengan riang. Aku hanya mengikuti nya dari belakang sambil memantau gerak geri dia. Bertambah suka lah dia bila berjumpa dengan 3 ekor anak kucing yang comel2 di dalam carton box kat bus stop. Kemungkinan anak kucing tu di buang orang. Suara anak2 kucing yang nyaring tu begitu menarik perhatian dia. Aku biarkan dia mengusap anak2 kucing tu. Biar dia mempunyai rasa belas kasihan pada binatang bila dewasa nanti.
Pas tu, aku biarkan dia bebas berjalan lagi. Dia menghampiri pokok2 bunga yang ditanam di tepi2 rumah penghuni flet yang lain. " tu,tu,tu... riuh mulut nya sambil jari telunjuk nya menunjuk pokok2 kat situ. Tapi kalau nak tahu, Awisy sebenar nya takut dgn pokok2. kehkehkeh... Aku terus dukung dia dan dekat kan dia dgn pokok2 tu. Mengelupur dia. Kuat betul dia peluk aku.
Pas tu dia dah tak nak jalan2 lagi. Mungkin dah penat gak nya. Aku terus dukung dia dan bawak dia pi tepi laut. Tengok orang2 laut meniaga kat tepi jalan. Aku turun kan dia untuk biarkan dia bebas berjalan. Tapi dia tak nak, dah sedap di dukung gak nya. Hampir 10-15 minit jugak kitaorang kat situ. Bila sampai dirumah, aku terus buatkan susu untuk Awisy. Lepas habis susu 4 auns tu, terus dia tido.
Sekitar pukul 2 ptg, laki aku balik. Aku pun terus siap2 pas tu siap kan Awisy. Petang ni kitaorang nak berbuka puasa kat rumah Kak Fidah (akak ipar aku). Tapi sebelum tu, aku ada misi penting untuk diselesaikan. Aku bercadang untuk mengunjungi kedai Sahabat Rozel di Bandar Baru Uda. Hari ni bermula lah perjalanan hidup aku sebagai seorang "business woman".
Hari ni aku dah mendaftarkan diri sebagai stokis barang2 keluaran syarikat HIRAQ MARKETING & TRADING (M) SDN BHD. Terdapat pelbagai produk dari keluaran syarikat ni untuk kegunaan kita seharian. Produk nya yang pelbagai sesuai digunakan untuk pelbagai peringkat umur. Selain tu, tujuan aku memilih produk keluaran syarikat HIRAQ ni sebab, produk2 nya dirumuskan daripada bahan2 yang menjadi sunnah dan disyorkan oleh Baginda Rasulullah S.A.W sendiri. Yang sudah tentunya HALAL dan tak perlu diragui lagi. Selain berniaga untuk menambah pendapatan, aku juga ingin mencari keberkatan dan menambah pahala dengan menyebarkan sunnah Rasulullah. Dan mereka yang menggunakan produk ini selain daripada mendapat manfaatnya, juga memperoleh keberkatan dan pahala kerana mengamalkan sunnah Rasulullah.
Dari pemerhatian aku, sekarang ni lambakan produk2 yang dipopular kan oleh barat mendominasi pasaran. Bila tengok label kat bahagian ingredients tu, mesti berkerut dahi. Satu hapah pun kita tak paham. Kalau paham pun adalah satu dua, tu pun was2. Status HALAL nya pulak boleh percaya ke. Bila dah terbongkar kat media cetak dan media massa barulah kita nak cakap "alamak! aku dah terpakai barang ni" (sambil tepuk dahi @ menggigit bibir @ tergaru2 kepala yang tak gatal). Dalam islam semuanya sudah jelas mana yang halal & haram. Tapi kita suka menyusah kan diri sendiri dgn menggunakan barang2 yang syubahah @ tak berapa pasti status halal-haram nya. So, jadi mulai hari ini, jom kita start buku baru! Kita gunakan produk yang berasas kan sunnah. Dapat manfaat dan secara tak langsung dapat pahala. InsaAllah...
Dari masa ke semasa, aku akan update blog ni untuk mempromosikan pelbagai produk. Belian boleh dibeli secara online dan barang akan dihantar dengan courier. Mudah kan, tak payah nak pergi kedai membazir masa dan duit minyak. Pas tu terpaksa menempuh jalan jammed. Arghh.. tension nya! Sekarang ni cuma duduk depan komputer je. Bagi nama, no contact & address pas tu bank in kan duit (lagi senang kalau u all buat online banking. Sok lusa aku pun nak buat jugak) then tunggu barang sampai dalam masa 1-2 hari. Tapi semua tu mesti berdasarkan kepercayaan. Trust me ok!
Aku harap ALLAH memberkati nawaitu aku ni dan berharap semua nya berjalan dgn lancar. Amin... InsaAllah.

Jumaat, 27 Ogos 2010

Haruskah...

Hmm, bulan depan 17/09/10, genap 8 tahun aku keje kat Effa Forwarding. Kalau buah2an tu selalu nya makin masak, makin manis. Tapi ntah lah, lately aku rasa kemanisan nya dah tak ada. Rasa nya macam sebelah kaki aku ni, dah kuar dari Effa. Bos pun ada cabar kitaorang hari tu, "sape yang nak berhenti, berhenti lah... silakan". Tak lama kemudian Mail berhenti, sebulan kemudian Ogy berhenti.
Sepanjang aku keje kat Effa, aku perhati kan staff Effa ni asik lah bertukar ganti. Dalam setahun tu adalah 3-4 orang yang kuar-masuk. Staff cuma ada 6 orang je. Minggu ni Ezwan teruk kena marah. Dua hari berturut2 dia datang lambat. Hari yang kedua, memang hari yang malang untuk dia. Tanpa menghiraukan customer yang ada, memang akak sembur dia cukup2. Aku pun terkejut jugak, selalu nya akak masih boleh consider lagi. Dari penilaian aku, rasa nya akak dah tak ada perlukan perkhidmatan dia. Tapi mungkin ada lagi belas kasihan, maklum lah nak raya. Banyak nak pakai duit. Memang malang lah kalau kena buang keje, dekat2 nak raya ni.
Tapi kemarahan akak berlarut2 kat semua orang termasuk aku pun kena tempias dia. Dan aku paling tak suka kalau orang ugut2 aku. Macam aku tak boleh cari rezeki kat tempat lain.
Mungkin aku tak berapa berani nak buat keputusan untuk undur diri dari Effa. Atau mungkin sekarang ni, time aku tengah marah, jadi emosi mempengaruhi fikiran. Suara hati aku cakap, "alah, biasalah bos marah. Untuk kebaikan. Mana ada bos tak marah. Keje kat mana2 pun sama je.." Tapi HARUS KAH seorang bos wanita memakai tudung, bergelaran hajah, pi umrah pun sudah, sangat2 menjaga waktu solat nya (selama ni aku tgok, bila masuk waktu solat, dia terus solat) memarahi orang dengan cara memaki dan menghina. Seolah kita ni berharap sangat makan dari dia. "akak, untuk pengetahuan akak. Segala kekayaan akak tu pun hasil dari titik peluh kitaorang yang bodoh & lembap ni. Boleh ke akak yang konon nya pandai ni, buat keje sorang2 kat opis tu tanpa pekerja. Kalau panggil anak-beranak keje pun bole ke sama macam kitaorang yang bodoh & lembap ni buat keje. Nak ke diaorang tu dengar cakap akak, melaporkan segala yang terkini dan boleh terima segala caci maki akak tu. Boleh ke diaorang tu jadi pekerja yang jujur,ikhlas & amanah macam akak nak.. boleh ke. Kalau akak cakap hati akak luka, kitaorang ni tak ada hati & perasaan ke. Kalau akak tu bagus sangat, kenapa pekerja akak semua nya berhenti! Seorang bos yang baik akan menganggap pekerja itu, sebagai asset yang perlu dihargai.
Lately, apa yang aku nampak dia dah tak sharp macam dulu lagi. Yang paling ketara, sifat pelupa dia. Biasa lah tu, hukum karma. Kalau hari ni kita mengata orang, esok lusa kena kat kita balik. What u give, u get back! Tapi yang paling menyakitkan hati perangai dia yang suka: sekarang cakap lain, pas tu kang cakap lain. Pas tu dia nak angin pulak kan. Memang aku menyirap sangat, sebab aku dah banyak kali terkena. Ina yang tak pernah marah pun dah pandai merungut skang dengan perangai akak.
Haruskah aku berhenti.. What do you think?!
Dah bulat ke hati aku ni dengan keputusan aku. Meninggalkan kawan2 terumbang-ambing. Arghh.. Biar lah, bos kan banyak duit. Boleh amik pekerja lain.
Aku nak teruskan dengan bisnes on line aku tu. Kena kerja keras sket untuk cari pelanggan. Tak apa lah, aku harus yakin. Dan jangan lupa berdoa pada tuhan.
Yaa Razaaq, tuhan yang memberi rezeki. KAU murah kan lah rezeki lagi yang berkecukupan bagi kami, demi untuk membesarkan anak kami dengan sebaik mungkin. Amin ya rabbal alamin

Rabu, 25 Ogos 2010

Bersama Mu Palestin...

Sungguh Ironi, lepas aku buat catatan kat blog ni pasal kesuraman sambutan hari kemerdekaan tahun ni, esok nya kuar pulak kat Buletin Utama pasal topik ni. Sanggup pulak wartawan tu berdiri panas2 kat atas jejantas untuk mengira kenderaan persendirian yang ada membawa Jalur Gemilang. Sangat menyedihkan, setelah hampir sejam, statistik menunjukan tak ada satu pun kenderaan persendirian yang membawa Jalur Gemilang. Ditakuti rakyat negara kita dah kurang semangat patriotik. Cuma mengharapkan bendera percuma, baru nak tampal kat kenderaan.

Tersayat hati aku ni lepas tengok citer Bersama Mu Palestin kat TV3 tadi. Betapa daif nya kehidupan pelarian2 Palestin di khemah Sabra-shatila di Beirut, Lubnan. Melihat makanan yang diaorang makan, tersentuh hati aku. Teringat pulak yang selama ni, ringan je tangan menguis lebihan makanan kat pinggan masuk ke dalam tong sampah. Aku bersyukur sangat kerana dilahirkan sebagai warganegara Malaysia. Orang yang bukan warganegara berpusu2 pindah masuk Malaysia (aku kan kerja company forwarding. Tiap minggu, paling kurang pun satu shipment barang pindah. Warganegara Singapore pindah masuk Malaysia, tak tahan dengan tekanan ekonomi kat sana. Diaorang cakap kat sana semua nya nak pakai duit).

Laki aku pulak memberi satu cadangan yang aku rasa dah beberapa kali aku dengar tapi aku tak ambil endah je. Dia cakap, tak boleh ke kalau semua negara kat dunia ni bersatu untuk perang Israel. Mesti dia kalah kan.. Cakap memang senang, bunyi nya pun macam mudah je. Tapi nak buat semua tu, bukan lah semudah memetik jari. Pappp, dah jadi. Kau pikir ini silap mata... Bangsa2 arab yang terdekat pun tak bersatu untuk membantu. ntah lah its too complicated. Apa yang aku tahu semua nya sudah dijelaskan di dalam Al-Quran tentang kebongkak kan orang2 yahudi.
Ekonomi dunia tengah meleset, Amerika negara yang konon nya gah sangat tu pun turut terjejas. Kebuluran di sana-sini. Kalau rakyat kat negara lain mati coz tak makan, tapi kita kat sini mati sebab banyak makan (kebanyakan punca penyakit disebab kan mengambil sesuatu makanan secara berlebihan). Ni sekarang ni, aku tengah memantau suami aku yang rajin sangat minum air berkarbonat. Pas makan nasi pun minum air gas. Botol besar saiz 1.5l tu, dia sorang yang balun (aku memang tak minat air gas-gas ni). Aku cakap dengan dia, kalau rasa nak kena potong kaki muda2 ni, amal kan lah selalu.

Awisy pulak, susah sangat nak kasi makan. Habit dia: dia akan luah kan balik apa yang dia dah masuk kan dalam mulut. Tak pun dia akan korek menggunakan jari dia. Bertuah nya kalau dapat suapkan dia dalam 5 sudu kecil tu (tu pun kat hujung2 sudu je). Untung nye dia, dia kuat minum susu. 4 auns dalam 1-1 jam setengah. Masih pakai botol kecik yang utk saiz 4 auns punya. Aku dah try tukar pakai botol susu yang besar. Aku buat 6 auns, tapi dia tetap minum 4 auns jugak. Dia akan tinggalkan balance lagi 2 auns (bijak2 budak ni.. hehe). Sekarang ni dia dah pandai merajuk bila kita marah dia. Jalan pun dah makin laju, berlenggang macam penguin kehkehkeh..
Fokus aku skang ni adalah, kerja keras untuk masa depan kitaorang. Adalah 1-2 idea untuk aku set up bisnes. Ingat nak buat bisnes on line. Awal2 lagi, laki aku dah condem aku. Dia cakap boleh jalan ke bisnes ni, ada ke orang nak beli.. memang kena tiau balik lah dengan aku. Bukan nye nak bagi semangat & dorongan. InsaAllah, kita usaha dan minta Tuhan tunjuk kan jalan. Usaha, Doa & Tawakal..

Atleast kita buat sesuatu, daripada kita tak buat apa. Tu lah yang aku pelajari masa pi motivasi dulu. Dia cakap, jangan takut untuk gagal, kerana kita belajar daripada kegagalan. Lagi pun tak kan kita nak kat takuk lama je. Lagi dua tahun umur aku nak menginjak ke 30an. So, aku mesti bersedia dan lakukan sesuatu (anjakan paradigma).
Barulah berkesan hidup kita ni. Aku berazam untuk berikan Awisy yang terbaik dan menghargai detik2 bersama nya.

Jumaat, 20 Ogos 2010

salam kemerdekaan...

Syukur Alhamdulillah, dah masuk hari ke-10 Ramadhan, that's mean dah 10 hari kita berpuasa: pada sesape yang berpuasa lah ye ;)
Persiapan untuk menyambut raya pun dah makin terasa, hingga mengaburi sambutan hari kemerdekaan. Tahun ni aku macam tak terasa sangat bahang sambutan hari kemerdekaan. Bila aku suara kan keraguan aku ni kat laki aku, respond dia "alah, awal lagi. baru berapa haribulan.." berkerut dahi aku, tak ada jawapan.. ntah lah, mukin hari kemerdekaan tak termasuk dalam senarai yang perlu di beri perhatian agak nya (coz, tak melibat kan bajet). Tapi bagi aku pulak, ia termasuk dalam senarai penting aku coz ia melibat kan cuti dan juga duit(kalau kena kerje time public holiday, bos akan bayar ot triple beb). What ever lah, family come first. Kita cari duit pun untuk keluarga kan, untuk Awisy yang comei tu, muakhss. Dah tido dah si comei tu zzzz
Berbalik pada sambutan hari kemerdekaan yang tak berapa nak meriah pada mata aku ni: sebab aku cakap macam tu kerana mungkin keadaan kawasan persekitaran aku yang tak ada tanda-tanda nak celebrate hari merdeka (bazar ramadhan kat bawah blok pun tak berapa meriah, mungkin ekonomi gawat gak nye. semua orang safe bajet). Selalu nye time2 cam gini banyak orang dah tampal bendera kat kenderaan masing2. Bendera jalur gemilang pun banyak berkibar kat tepi jalan. Promo2 @ iklan hari kemerdekaan banyak kat tv @ radio. Tapi tahun ni cam tak happening je.
Dah 53 tahun kita merdeka, tapi dari apa yang aku amati tidak semua rakyat malaysia dapat merasa kesenangan sekurang-kurang nya mengecapi kemudahan asas seperti bekalan air bersih (jika boleh di panggil air bersih, sesungguh nya aku memang fed up giler dengan bekalan air kat kawasan rumah aku ni. Aku sanggup bawa setengah dozen botol air mineral 1.5L yang kosong untuk membeli air dari vending machine Dr Sukida. Becoz aku tak sanggup nak bagi Awisy minum air kuning karat yang keluar dari pili paip tu. Please upgrade sket perkhidmatan tu SAJ. Orang komplen pun cam tak ada makna je.) Trust me, masih ada lagi kawasan yang belum ada perkhidmatan bekalan air bersih,bekalan elektrik,jalan berturap tar... kesian kan. Alhamdulillah, aku tengok kampung aku tu ada kemajuan sket, walau pun ada lagi ala2 koboi dia tu.
Pas tu gejala sosial makin menjadi2.. buang bayi sesuka hati je macam sampah. Macam tisu yang dah di pakai pas tu di buang masuk dalam lubang tandas. Sengal betol! Common lah, merdeka kan jiwa kita dari tipu daya syaitan. Sempena bulan Ramadhan yang suci ni, suci kan lah hati dan nurani. Dia juga berhak hidup di atas muka bumi ni. Menghirup udara percuma kurniaan tuhan, menikmati panas nya terik matahari & sejuk nya air hujan. Jangan lah dia di hukum kerana kesalahan diri sendiri. Kasihani lah dia, tak terusik kah nurani keibuan mendengar tangisan nya.
Kasihani lah dia... ;(
Hari ni, aku dah beli broadband aku sendiri. Selalunya aku curi2 masa untuk melayari internet kat opis. Skang kat rumah, pas Awisy tidur aku boleh spend masa untuk up dated blog aku ni.
Dengan duit sket yang aku ada ni, aku ingat nak buat modal untuk start bisnes on line. Aku dah survey beberapa brand, tapi belum ada respond lagi. Tapi tak apa, dont u ever give up until u succeed. Maklum lah, bukan senang nak senang kan. Demi Awisy, mama akan kerja keras sayang. Aku ralat sangat sebab tak dapat bawa Awisy pi specialist untuk rawatan susulan coz laki aku tak ada bajet. Aku rasa hina nya. Hina sangat... Itu pun aku tak boleh buat. Nak hantar anak sakit untuk rawatan yang terbaik pun aku tak boleh buat. Aku teringat cerita yang dilakon kan oleh Rosyam Nor bulan lepas: bagaimana seorang ayah sanggup melakukan perlbagai jenis kerja demi untuk memenuhi permintaan anak nya (becoz dia trauma bila isteri dia yang masa tu sakit teringin nak makan kek, tapi dia tak ada duit nak beli. Terpaksa tunggu gaji. Tapi pada hari dia belikan kek tu, isteri dia dah meninggal. Dan kek tu pulak terjatuh kat bawah tangga) Kesian tau sorb sorb.. sedih nya.
That's why aku bertekad untuk do something. Aku tak nak terus berada dalam keadaan ini. Anak tu anugerah ALLAH, kalau kita tak menjaga nya dengan baik, aku takut tuhan ambil balik nanti. Macam2 benda ada dalam kepala otak aku ni.. strategi untuk meneruskan kelangsungan hidup.. Tawakal ilalallah..

Jumaat, 13 Ogos 2010

i'm sorry sayang..

Alhamdullilah, hari ni dah masuk hari keempat Ramadhan. Memang lesu sket badan ni, coz aku kena demam selsema. Jangkit Awisy lah ni. Genap seminggu Awisy kuar Hospital, tapi sakit dia tak baik2. Batuk dengan selsema dia makin menjadi2 pulak. Geram tengok hingus dia meleleh, bila aku nak kesat, meronta-ronta pulak dia.. :)
Aku seboleh-boleh nye tak nak sampai dia masuk wad lagi. Aku trauma tengok dia kena amik darah masa 1st time dia masuk wad coz demam panas dua bulan lepas. Renungan mata nye yang tertancap ke arah mata ku (bagai meminta simpati & menggambar kan kesakitan) dan raungan suara nye (sampai serak) memang aku tak boleh lupa sampai sekarang. Tapi dah seminggu lebih dia demam, pi hospital gomen diaorang bagi ubat je. Dah dua hari makan ubat pun tak baik jugak ,and one day tu bila dia balik dari rumah mak mentua aku, badan dia panas sangat. Sampai je rumah, dia terus peluk kaki aku nak intak dukung. Aku yang masa tu baru keluar dari bilik air (baru pas mandi) panik sket, coz macam mana nak pakai baju ni coz dia tak nak lepas kan aku. Dia menangis je, mungkin nak mengadu. Terasa bahang panas badan dia. Bila aku cium dahi dia, tersentak aku. Terdetik pulak kat hati "apsal panas sangat badan dia ni". Masa tu hawa mulut dia pun busuk. Hiba betul hati aku tengok juraian air mata dia, lagi pun kulit dia putih, so bila dia menangis muka dia jadi merah.
Esok nye aku pakat dengan laki aku, kitaorang kerja amik half day. Lepas lunch kitaorang bawak dia pi specialist. Thanks to dr Ismail Haron (pakar puteri) kerana merawat anak saya dengan baik : full of etique. Dia tunjuk kan kat kitaorang betapa banyak nye ulser kat tekak Awisy (area anak tekak) tu yang dia tak selera nak minum susu and hawa mulut dia jadi busuk. No wonder lah dia demam panas semalam. Pas tu 3 hari lah kitaorang dok wad, amik kau!
Tapi yang menjadi masalah aku skang ni, aku suspek Awisy batuk sebab pertukaran susu. Bila aku tukar susu dia ke langkah 3 (coz dia dah masuk 1 tahun) dia stat batuk2. Anak opismate aku yang minum susu sama dgn Awisy pun batuk2. Tapi Awisy dah minum susu tu (dari brand yg sama) dari langkah 1 lagi. Tak tahu lah nak tukar susu apa pulak. Bagi susu kambing kang baru tau, kehkehkeh...
Hopefully anak mama get well soon. hepi and aktiv selalu.. muakhss

Isnin, 2 Ogos 2010

Advise paling bodoh...

Demam Awisy tak kebah lagi, masuk hari ni dah 6 hari. Pagi tadi, masa dia bangun, sampai tersentak aku macam terkena karen masa cium dahi dia. Panass.. malam tadi kitaorang dah pi hospital coz ubat demam pun dah abis lagi pun laki aku risau demam dia tak baik2. Bila kasi ubat, panas dia reda, pas tu kang panas balik...

Dah lah menunggu kat ruang legar tu lama, bila dapat jumpa doktor, menyakitkan hati pulak.
Aku tau lah doktor pun manusia biasa jugak, tapi ingat lah sket awak tu golongan profesional (konon2 nye lah), dan lagi pun kan time keje. Kalau awak tak berminat nak layan pesakit kenapa pilih profesion doktor sebagai kerjaya. Kalau nak keje relaks2 je, baik jadi pak guard..
Bila aku duduk je (Awisy aku pangku) dia tanye "sakit ape" dengar nada suara dgn reaksi muka dia je, aku dah rasa semacam. "demam" aku jawab. "dah berapa hari". Aku jawab lah "dari hari khamis".. "iyelah, dah berapa hari"... aku terus membilang hari, dari hari khamis sampai hari senin kuat2 (dlm hati aku, ek eh doktor ni kurang asam betol..) Then aku explain kat dia yang Awisy demam, panas dia berulang2, dia tanye "dok kat kawasan denggi ke" aku berfikir sejenak, then aku mengiyakan bila aku teringat banner yang di gantung dekat dgn flat aku "KAWASAN ANDA, ADALAH KAWASAN DENGGI" (lebih kurang cam tu lah). "Ada orang sembur nyamuk ke?" aku berfikir lagi, cuma mengingat kembali.. 2-3 minggu lepas masa aku balik keje macam ada bau asap sembur nyamuk tu. aku pun jawab lah "ada, tapi sejak kebelakangan ni tak de"..
"ada ke, tak de".. dia menekan aku. Aku mengulang kembali jawapan tadi.. "ada dengar orang kena denggi tak" lagi sekali dahi aku berkerut, cuba mengingat... "tak de pulak"
Pas tu dia pun check Awisy lebih kurang. Then aku mengadu dgn dia pasal Awisy selalu menampar cuping telinga dia, and malam sebelum nye dia menangis meraung-raung bila aku korek telinga dia. Nak tau apa reaksi dia "siapa suruh awak korek".. dengan nada suara yang betol2 menjengkelkan pendengaran aku ni, aku yang daripada tadi memang dah menyirap, terus macam kucing menerkam tikus lah. Punggung ni memang dah tak melekat kat kerusi lagi. Mulut aku ni memang dah macam mesin gun yang memuntahkan peluru bertalu-talu. suara aku pun dah high pitch "abis tak kan nak biar aje taik telinga anak saya terkeluar-keluar" dia pun jawab "biar kan aje lah, sebab normally taik telinga akan keluar sendiri. bila dengar je jawapan dari mulut doktor tu, makin terbuntang biji mata aku ni. "doktor, seumur idup saya ni, ni lah baru first time seorang doktor advise kat saya jangan korek telinga sebab taik telinga akan keluar sendiri" dengan selamba dia menjawab "terpulang kalau awak nak dengar cakap saya ke tidak, nanti kalau telinga anak awak dah luka, awak datang sini jugak" cepat2 aku menjawab, "doktor, saya cakap sebab ada reason. selalunye anak saya kalau saya korek telinga dia, dia ok je. Ada pernah tu sampai tertidur, so bila semalam saya korek telinga dia, dia menangis meraung2, mesti lah ada something wrong. Thats why saya mintak tolong doktor, tolong check kan telinga anak saya ni".. dengan nak tak nak baru lah dia bangun "ok, sini lah.."
arghhhhh, kan bagus kalau dari tadi dia check telinga anak aku. Tak payah lah aku nak argue panjang2. Bukan nye kitaorang saje2 nak datang buang masa dia. kitaorang pun penat balik keje terkejar2 ke sana sini, menunggu giliran (berjam-jam), penat berdiri (coz seat menunggu semua nye dah penuh) dengan karenah Awisy lagi..
Kitaorang ni bukan nye orang kampung hulu, tak tau ape. Main hentam buta je... sekarang zaman IT lah, Ilmu di hujung jari.
Kerja tu satu Ibadah, cuba buat keje dgn ikhlas. Barulah rezeki pun berkat..