BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Jumaat, 19 Oktober 2012

Keajaiban Surah Al-Falaq - penawar migrain

Assalamualaikum semua dan salam jumaat ;) Di hari yg penuh barakah ni ku doakan kita semua tergolong di dalam golongan orang2 yg di beri petunjuk dan hidayah oleh Allah..

U'olls semua sihat ke..
Aku, sihat Alhamdulillah. TQ Allah kerana nikmat yg satu ini belum lagi Engkau tarik.
Cuma, hari2 aku kena sakit kepala. Hanya sebelah bahagian kepala jek, sebelah kiri. Rasa berdenyut2. Kekadang kat tepi kepala, kekadang dia berdenyut2 kat bahagian atas kepala.
Suami aku cakap, "kena migrain lah tu.." then dia suruh telan panadol pas tu tido.
Amboi, senang nya bercakap. Kalau kat opis, tak kan nak telan panadol pas tu tido pulak. haha

Lagi pun tak kan hari2 kena migrain, pelik jek.. Selalu nya pagi2 lagi aku dah kena sakit kepala dan sampai ke petang baru hilang. Kekadang hilang sekejap pas tu sambung balik sakit nya sampai ke malam. Dan aku memang sangat degil, harammm aku tak nak telan panadol tu. Aku biar jek sakit tu datang dan pergi. Sibuk kan diri dengan buat kerja2 opis. Jangan di layan sangat sakit ni.. hihi

Tapi semalam serangan yg datang amat2 menganggu konsenterasi kerja2 aku kat opis ni. Berdenyut2 seolah2 macam nak pecah kan kepala aku ni jek. Then aku dapat idea nak call Ustaz Rosli, tapi teragak2 pulak.

Dan pagi ni seperti biasa dia datang lagiiiii.. aku kuat kan tekad utk call Ustaz Rosli.
Alhamdulillah, Ustaz angkat ;)
Aku memperkenal kan diri dan menceritakan serba sedikit masalah penyakit aku ni.. Lama jugak dia mendiam kan diri. Dalam hati aku berdoa "Ya Allah, jangan lah ada penyakit yg pelik2 dan yg ngeri2 ni. Harap2 sakit kepala biasa2 jek"..

Kedengaran suara ustaz di hujung talian "ohhh ni migrain ni, anginnnn. Bawak pi urut lah, kalau makan tablet jek memang tak jalan".
Kepala aku ligat berfikir, nak kena pi urut ke. oh tidakkk.. menci tau. Aku memang tak suka urut2 ni, sakit tau tak. Masa kena urut tu rasa nak meraung pun ada.

"Tu lah ustaz, saya pun pelik tau, hari2 kena sakit kepala. Tak boleh tahan lah. Ustaz, ada tak apa2 amalan atau doa ke, zikir ke yg boleh saya amalkan utk hilang kan sakit kepala ni.." aku saje jek try nasib, kot2 ada pilihan lain selain nk kena pi urut, euuuu tak suka.

"Doa? Baca surah Al-Falaq je lah.." Ustaz Rosli mencadang kan
Terus bulat biji mata aku ni, mudah sangat. Kacang arr.. Lepas berbual lebih kurang aku pun ucap kan terima.

Letak jek tepon, aku terus tenang kan diri. Fokus.. Aku membaca surah Al-Falaq di dalam hati. Aku membaca nya dengan perlahan2 dan teratur ayat demi ayat. Selesai aku membaca nya, terasa sakit kepala aku ni bagai di tarik keluar dengan lembut dan perlahan2, dlm kata lain slow motion hihi.
Then aku baca lagi surah Al-Falaq berulang2 kali.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk,

 "Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan;

"Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;

"Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);

"Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya".

Padahal, surah Al-Falaq ni selalu aku amalkan masa tengah pregnant kan Abid dulu. Aku ada baca kat 1 buku yg saran kan utk amal kan surah Al-Falaq ni ketika pregnant utk perlindungan diri dan baby yg kita kandung tu. Tapi pas bersalin terus tak amal kan lagi surah2 dan zikir yg aku selalu baca masa pregnant dulu. Mungkin Allah beri aku sakit ni utk ingat kan aku semula pd amalan2 yg dah lama aku tinggal tu.

Dan korang pun boleh nilai sendiri dpd tafsiran ayat2 surah Al-Falaq ni yg menjurus kepada mohon perlindungan dpd Allah s.w.t. Yang paling penting ayat nye pendek dan ringkas. Rasa nya semua orang hafal. Sesape yg tak hafal tu, sila lah hafal sekarang hihi ;) 

Selamat menghafal dan beramal ye.. ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan