BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Rabu, 21 September 2011

Raya dulu2.. aku rindu saat itu.

As Salam..

Hari ni dah masuk 23 syawal 1432H.. Sebelum terlambat, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh umat islam yang berjaya menjalani ibadah puasa ramadhan dengan jayanya..
yang selalu ponteng puasa / tak puasa langsung, tak payah sibuk nak raya.. hehe

Entahlah, aku selalu merasa 'kekosongan' tiap kali raya. aku pun tak pasti di mana kekurangan nya. Mungkin sebab aku tak merasa lagi hepi nya bila collection duit raya aku mencapai 3-4 ratus hinggit. Almaklum lah, sekarang time memberi pulak.. maklum lh kn dh kerja, tak reti-reti lagi nak bagi duit raya. Lagi pun tak baik kedekut.. ;)

Tapi bukan itu sebenarnya kan.. Entahlah, raya sekarang tak sehepi raya dulu2 masa aku kecik2 dulu.. Masa semua ahli keluarga aku bersatu. Yang paling aku rindui arwah abang aku.

"Aku selalu rasa kau bagai masih ada di dunia ni abang. Sampai terbawak2 dlm mimpi. kau lah membe untuk aku share kisah suka-duka aku. Dan aku tak sangka, sangat2 lah berliku dan penuh ranjau onak duri menjalani kehidupan ni sehari-hari".

"Aku tak sangka begini perit nya kehidupan yang aku jalani sekarang. tak sama langsung yang macam aku impikan. Aku ingat dia boleh menjaga aku dengan baik macam kau bang, tapi dia sangat2 meluka kan hati aku ni. hambar.. ;("

"Hopefully.. matahari akan bersinar selepas hujan ;)"

Apa aje lah yang aku boleh buat. sesungguh nya masa yang dah berlalu tak akan bisa kembali.
Ar Rahman dan ar Rahim sentiasa menjadi tempat aku mengadu. Kerana Dia suka hambaNya menangis. Mengadu lah kepada nya, sesungguh nya dia Maha Mengerti..

Aku sangat2 rindu saat itu. Aku rindu sangat kat kau bro.. my guardian angel, i wish u were here..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan