BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Khamis, 13 Oktober 2011

Sempurna kah solat kita?


As salam.. selamat hari jummat semua ;)
Oleh kerana hari ni hari jumaat, so tak ada entry2 pasal duniawi ye utk hari ni.
Buat serabut kepala jek kan..

Nak share 1 artikel mengenai solat. Solat fardhu yang kita kerja kan 5 kali sehari. Cukup ke 5 kali tu?
Atau cuma buat 2-3 kali je sehari, atau pun seminggu sekali pada hari jummat je. Ada jugak yang bersolat 2 kali je setahun time raya je ;) Manusia, memang macam2 ragam nya.

Tak payah cakap orang lain, aku sendiri pun macam tu. Kekadang macam2 alasan aku beri kan untuk diri aku sendiri utk melengah-lengah kan solat. Baru demam sikit dah malas nak solat, terbaring jek. Dalam hati berharap semoga Allah paham, "kan aku sakit, hari ni excuse lah tak payah solat.. hehe"

Dan sesungguh nya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Dia sentiasa memberi kan aku petunjuk dalam kelalaian ku.. Thank you Allah ;)

Bila baca artikel kat bawah ni, terasa kerdil nya diri ku.
Bila solat tak pernah nya kusyuk dan tawaduk. Fikiran melayang ntah kemana-mana, kekadang sampai dah masuk rakaat ke berapa pun lupa.. hehe Astaghfirullahalazim..

Muhasabah Diri;

(S) Wahai yang empunya diri,sudahkah engkau selesai menunaikan solat??
(J ) Sudah ...alhamdulillah.........
(S) Semasa engkau mengucap allahuakhbar dalam takbiratul ihram.Adakah
hatimu turut sama membesarkan allah
(J ) Tidakk......Kalau begitu engkau sebenarnya tidak bertakbiratul ihram
(S) Semasa engkau membaca iftitah...engkau mengatakan inna solati wanusuki
wamahyaaya wamamatii lillahi rabbil a'lamin(maksudnya:-sesungguhnya
solatku,ibadahku,hidupku dan matiku kerana allah tuhan sekelian alam
adakah engkau merasakan bahawa solat yang engkau kerjakan itu
merupakan solat engkau yang terakhir,kerana maut boleh menjemputmu
pada bila-bila masa
(J) Tidak.....kalau begitu engkau sebenarnya tidak membaca iftitaf kerana
engkau tidak menghayati dan mempraktikkan bacaan mu
(S) Semasa engkau ruku' dan sujud adakah engkau tunduk menghinakan dirimu
yang dhaif itu dan meninggikan allah....
(J) Tidak.....kalau begitu engkau sebenarnya tidak ruku' dan sujud pun kerana
engkau masih merasakan dirimu itu lebih dari makhluk allah yang lain.sifat
bongkak ,sombong,riak dan segala sifat mazmumah masih lagi tebal dalam
hatimu yang menyebabkan engkau lalai dalam solatmu.....
ingatlah engkau akan di campakkan kedalam neraka wail kerana engkau
telah lalai dalm solatmu.....Solatmu bukan sahaja tidak diterima oleh allah...
tetapi menjadi satu ma'siat yang akan diazab oleh allah di akhirat nanti....



Astaghfirullahal azimmm.....diri akukah itu?????

Ya Allah berilah kepada ku kekuatan untukku memperbaiki solatku

Ya Allah permudahkan lah diriku untuk mengingati engkau,mensyukuri ni'mat engkau dan memperbaiki amalanku terhadap engkau...amin........



Renung2 kan dan selamat beramal ;)

1 ulasan:

  1. Insha'Allah, semoga Allah SWT sentiasa memberikan kita hidayah untuk sentiasa bersujud kepada-Nya.

    Nisa'

    BalasPadam