BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Jumaat, 23 September 2011

Harus Baca; 24 Perkara Jangan Di Lakukan


As Salam..
It's Saturday morning lah... malas nya nak pi kerja tadi. Syok jek nonton drama kat astro. "Demi Allah, aku izin kan.."
Lakonan Ieja, norman hakim and sorang pelakon baru yang apa ntah nama nya. Lum glamer lagi kot. Tak pernah nampak pun muka dia sebelum ni. Best gak citer dia. Pasal keagamaan.. sedih sket.
Sampai opis, punch card.. opss lewat 10 minit. ermm tak apa lah kot, saturday.. hahaha. Bukan nya ada kerja pun, dok melahu je. Tengok opismate aku kat sebelah ni, tengah layan novel.. Aku lak, biasa lah blogging ;)
Ni ada satu entry menarik yang aku dapat. Yang kebiasaan nya kita anggap remeh jek. Malah tak kisah pun. Hari2 kita buat, tanpa kita ketahui effect nya pada diri kita. So, u'olls check it out ye ;)
24 PERKARA JANGAN DILAKUKAN!!!
1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S. W. T. (aku selalu wat ni, ampun kan hambaMu ini Ya Allah)
2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita. (ni pun aku tahu, tapi aku tetap tak sedia kan selipar kat bilik air. Risau anak aku buat main2 kat bilik air kang)

3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.(Ni pun aku tahu, arwah nenek aku marah sangat kalu minum/makan guna cawan/pinggan yang sumbing/retak)
4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. (Ni aku baru tahu. Selalu gak biar pingan mangkuk kotor kat singki tu. pas masak biar dulu, pas makan baru basuh hehe)
5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan) (Ni memang aku dah lama tahu. Lepas solat subuh aku terus buat sandwich untuk niaga ;) semoga Allah memurahkan rezeki aku.. amin)
6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan. (Kekadang lupa gak, makanan dah masuk mulut baru ingat nak baca bismillah)
7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan.(Jarang lah nak berniat. Kalu nak pi kerja je ingat nak pi kerja. kalu kuar pi jalan, niat nak pi shopping hahaha)
8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. (dah hilang akal ke nak pakai kasut sebelah lain2)
9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.(Ni orang lelaki selalu buat..)
10- Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dan baiknya.(Nasib baik opis aku tak ramai orang. Kalu jmpa bebudak opis sebelah, senyum jek & bertegur sapa jek)
11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa. (Istigfar banyak2 - instigfar bole menghapuskan dosa2 kecil)
12- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah. (Ego lah jugak, aku ni jenis "lantak kau lah, ada aku kisah.." haha)
13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim.(ops saya tak suka sangat ngumpat2 ni. tak suka sibuk hal orang)

14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S. W. T. dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal. (Yup, aku jadi kan nya 1 prinsip idup. sentiasa berzikir menyebut nama2 Nya)
15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita. (InsyaAllah, kalu ada lebih2 syiling pas belanja tu, aku sedekah kan je kat tabung anak2 yatim kat kedai mamak tu)
16- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati. (Teringat pulak kat sorang membe aku yang suka ketawa lepas then suka mencarut. berlebih-lebihan ketika bergurau - munafik)
17- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita. (Reminder for everyone, pas ni jgn ada lagi reason 'bohong sunattt..')
18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.(sesape yg suka menganiaya sesama hamba Allah, moga Allah beri balasan yang setimpal untuk nya)
19- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.(Ni reminder untuk aku untuk tenang kan hati dan melupakan segala kesedihan aku ;) terima kasih Allah)
20- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.(jerangkung dalam almari, momok kat dapur, anak jin kat bilik air.. hehe just joking)
21- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.(hmm bukan nya diaorang kisah pun, diaorang lebih rela mati dpd tak dapat hisap rokok. dulu x-boyfren aku siap cakap, "abis, kalau tak isap rokok, nak isap apa.." haha)
22- Jangan lupa membaca BISMILLARRAHMANIRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama. (selalu balik rumah pas keje umah tak ada orang.. aku bagi salam jugak)
23- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S. W. T. tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal, bukan kepadanya.(Teringat pada seseorang yang telah tiada - semoga ditempatkan bersama2 orang yang beriman dan di cucuri rahmat oleh Nya, amin..)
24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata ‘jangan’. Sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH S. W. T itu lebih mengetahui.(Tanya pun tak boleh ke.. nak jugak tahu logika nya.. Allah knows better ;)

Thanks to Up To Mu ;) sharing is caring kan..

Up To Mu: 24 Perkara Jangan Dilakukan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan