BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Khamis, 22 September 2011

Anak-anak kita; Budak 2 tahun di Perkosa di Rumah Pengasuh

As Salam..

Tengah aku syok2 layan entry2 kat wall aku ni, tiba2 mata aku menangkap 1 entry yang membuat mata aku terbuntang: "BUDAK 2 TAHUN DIPERKOSA DI RUMAH PENGASUH".

sial.. itu je lah yang terdetik kat hati aku masa tu. Ni bukan kerja manusia, bukan kerja binatang tapi setan. Apa lah yang ada pada budak umur 2 tahun..

Pada parents semua, hati2 lah bila menghantar anak2 ke pusat jagaan / rumah pengasuh ke.. malang tak berbau. Macam2 hal boleh berlaku. Daripada kes2 yang aku pernah baca sebelum ni, kadang2 parents tengah kerja then tiba2 dpt call dari pengasuh/care centre mengatakan anak kita di timpa kecelakaan. Ada certain kes budak dah kejung baru nak kejar kan ke hospital, then pihak hospital yang inform parents. Pelik kan, akal aku yang waras ni memang tak boleh nak terima benda2 yang tak logik macam ni.

Tapi sesungguh nya, Allah lebih mengetahui. Dia hanya ingin menguji hamba2 Nya.. ;)

Macam mana lah masa depan dia nanti. Aku turut berdukacita.. Aku pun seorang ibu, anak aku pun sekarang tengah umur 2 tahun. Terbayang muka anak aku. Cuma anak aku lelaki.

Mengikut entry yang aku baca tu ; seperti biasa, mak budak tu balik kerja terus ambik budak tu kat rumah pengasuh dia. sampai kat rumah budak tu menangis dan mengadu kat mak dia yang kemaluan dia sakit. Then mak dia check lah, tengok2 ada luka dgn bengkak kat kawasan yang berkenaan. Pas tu mak dia bawak dia pi check up kat pusat kesihatan yang berhampiran then dari hasil pemeriksaan, doktor telah mengesahkan terdapat kesan kecederaan akibat tusukan objek keras.

Mahu tak terperanjat mak dia,kalau aku pun.. luluh hati si ibu. Mak dia terus buat report kat balai. Siasatan awal polis mendapati semua penghuni rumah pengasuh adalah wanita. So, agak2 siapa kah pelaku nya?! jeng jeng jeng.. ntah aku pun tak tahu, polis tengah siasat lagi.

Ngeri kan zaman sekarang ni, banyak sangat2 setan bertopengkan manusia. Didalam jiwa manusia dah tak ada lagi 'insan'. Dah tak ada lagi perasaan belas kasihan. Bertuhan kan setan.
Benci aku dengan manusia macam ni!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan