BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Khamis, 11 Oktober 2012

Today is Friday!


Assalamualaikum sahabat2 ku semua..
Alhamdulillah, tq Allah kerana masih lagi aku diberi peluang utk bernafas di bumi Mu ini. Dan di pagi hari aku masih lagi di beri peluang utk menatap wajah2 org yag aku sayang. Tq Allah ;)

Jom kawan2, kita ambil peluang di hari jumaat yg penuh barakah ini utk berdoa akan kebaikan diri kita dan orang2 yg kita sayang. Kalau boleh hari2 lah kita tunai kan solat taubat, solat dhuha sebab ia salah satu cara utk membuka pintu rezeki. Jom kita amal kan doa2 ni selepas solat, minta di ampun kan segala dosa dan di jauh kan dari sifat sombong, bongkak, riyak dan segala sifat buruk yg ada. Kerana walau ada sikit sekali pun sifat sombong dan bongkak dalam hati kita ia boleh menghalang kita dpd masuk syurga.


Bila kita dah berusaha kena lah berdoa. Jangan sombong utk menadah tangan kepada Allah utk meminta apa yg kita perlukan. Malah Allah yg malu kpd hamba-Nya bila hari2 hamba-Nya meminta tapi tak di perkenan kan. Nawaitu kita ikhlas mencari rezeki utk keluarga, dan semoga Allah memudah kan segala urusan kita. 


Dan jangan lupa berdoa utk kedua ibu-bapa kita. Jika kedua nya masih hidup doa kan lah kesejahteraan nya. Jika sudah meninggal dunia, doa kan lah agar di ampun kan segala dosa mereka dan semoga roh mereka di cucuri rahmat dan di tempat kan di kalangan org yg soleh dan semoga di jauh kn dpd azab kubur. 

Kalau boleh bersedekah lah setiap hari. Antara sunnah Nabi Muhammad s.a.w ialah bersedekah pd setiap hari dan nabi berpesan agar kaum wanita memperbanyak kan sedekah. Tak semesti nye bersedekah kpd manusia, memberi makan kpd kucing2 jalanan juga di anggap sedekah. Yang penting nawaitu kerana Allah ;)

Semoga segala urusan kita di hari jumaat yg barakah ini berjalan lancar ye. ;)

Saya mesti pilih.. ;)

urmm ntah kenapa lah agak nye.. bila aku tgok jek gambar pak cik ni dengan keterangan pendek kat gambar tu rasa touching nye, terus sebak pulak..

tapi pas tu mula lah akal jahat aku pulak datang "nangis berguling2 lah bebudak ni kalau pak cik ni score strait A's.. hahaha"

Pak cik ni kerja sebagai tukang kebung je tau. Dalam kesibukkan dia berkerja tu sempat lagi dia curi2 masa utk belajar dan ulang kaji pelajaran dengan anak dia yg baru abis UPSR.
Dan dia buat semua ni sebab nak tebus balik kegagalan dia utk dapat result yg cemerlang masa ambil SRP 35 tahun yg lepas..

Tabik spring lah kat pak cik.. di harap kan pakcik ni dpt memberi contoh tauladan dan inspirasi kat adik2 remaja yg lain utk lebih tekun dlm menelaah pelajaran.  Tapi jangan pulak korang pikir "alah, apa ada hal, lepas 35 tahun nanti kita return lah balik.." haha

Aku pun sebenar nye ada pasang nawaitu nak return SPM.. tp nak amik saing Abid nanti lah.. Poyo kan aku ni hehe.

Cadang nye nak masuk kan Abid kat sekolah agama. Dah survey kat internet sekolah2 agama swasta kat JB ni. Mungkin nak masuk kan Abid kat Sekolah SRI (Sekolah Rendah Islam ABIM) kat Jalan Abdul Rahman Andak. Kurikulum nye di gubal oleh ABIM pusat. Selain subjek biasa yg di ajar kat sekolah kebangsaan, ada tambahan subjek agama contoh macam subjek Pendidikan Al-Quran, Tafsir dan Tajwid, Pendidikan Hadith, Pendidikan Fiqh,etc.

For starting, next year aku dah register kan Abid kat sekolah Taman Asuhan Kanak2 di bawah kelolaan ABIM jugak. Start pukul 7.30 pagi sampai pukul 11.30 pagi. Tapi aku amik kelas extra, sambung kelas mengaji sampai pukul 12.30 tengah hari. Tengok Abid pun ada minat nak belajar, Alif Ba Ta pun dia bole hafal.. cuma malas jek. Ikut mood dia. Kekadang aku suruh dia nak ikut, kekadang buat muka selamba jek. Tapi dia pun budak lagi, tak bole nak paksa sangat cuma expectation kita tinggi kat dia. Bila tgok dia buat sesuatu yang kita tak berkenan jek, mula lah aku kusut. Dan lagi, terlalu banyak bad influence kat sekeliling dia dan dia mudah terikut2 dgn yg tak baik tu.. so didikan agama lah yg sebaik2 nya utk Abid. Mama doa kan abid berjaya di dunia dan di akhirat sayang ;)

To parents semua, buat lah pilihan yang terbaik utk anak2. Rancang pendidikan anak2 kita. Anak2 tu kan umpama kain putih, kita sebagai parents yg bertanggung jawab utk mencorak nye.. ;)

Rabu, 10 Oktober 2012

Aku Jahil?

Citer nye begini..
Tengah aku cuci2 mata kat fb, mata aku menangkap (wall aku mmg pnuh dgn gambar makanan hihi..) gambar ni (yg kat bwh ni).. aku tengok salah sorang rakan fb aku (muslim) 'like' gambar ni.. 


Berulang kali aku baca keterangan kat gambar ni.. "biar btol minah ni".. aku cakap dlm hati je lah. Walaupun English Language aku tak A1 sangat, tapi perkataan 'pork' tu memang aku paham sangattt lah kan.. Then aku terus pi page tu. Tengok alamat nye restoran tu kat Ipoh. Korang bole tengok sendiri lah conversation kitaorang kat gambar yg aku printscreen tu.


Sebenar nya aku agak tak sangka yang admin page tu akan balas komen kitaorang. And macam proud (penilaian aku lah) pulak dia citer yang ada jugak pelanggan muslim yang makan kat kedai dia tapi tak ler makan pork tu.. apa pendapat korang ek? setahu aku tak boleh. Walaupun kita tak makan pork tu, tapi kitchen utensils yang di gunakan utk masak dgn served pork tu akan di guna pakai utk served makanan lain jugak kan.. 

urmm aku teringat kat satu restoran di City Square (JB), dia ada lekat kan papan tanda 'NON-HALAL' kat tepi pintu masuk kedai dia. Walaupun menu dia tak semua based on pork (kat depan kedai ada gambar2 menu makanan yg di jual) tapi pada aku peniaga tu jujur dan tak fikir keuntungan jek.
Yang customer pulak cari lah kedai makan yg ada status halal, atau pun sure 100% kedai tu halal. Jangan lh pikir pasal nak layan tekak jek. 

Then aku terfikir, kalau ada pelanggan muslim yang makan kat restoran Michelangelo's Pizzeria tu that means ada pekerja muslim ke yang kerja kat situ. FYI, Indonesian bukan lah semua nye muslim. Pak arab pun tak semesti nye muslim. Tapi yang aku tak sure, mukin mazhab diaorang berlainan dgn kita kot, then mazhab dia benar kan buat macam tu. Ni cuma aku AGAK2 je tau, bab mazhab ni aku memang jahil.


Tapi kat Malaysia ni melambak2 kedai makanan halal, kalau dah itu jugak lah yang korang nak makan, urmmm tak tahu lah aku nak cakap apa.. 
Just nak remind lah ye, mencari yang HALAL itu hukum nye FARDHU KIFAYAH ;)



Selasa, 9 Oktober 2012

Bunga Kenanga

Assalamualaikum.. lama nye aku tak jenguk blog ni. Dah bersawang bagai, habuk pun dah naik tinggi seinci.. hihi.. Maaf ye pada pengunjung semua yg berkunjung ke blog tak seberapa ni tp tak di selenggara dengan baik. Maaf banyak2.. ;)

Hari ni, sebelum solat zohor tadi dah bernawaitu nak tulis new entry kat blog. Macam tak best pulak kalu di biar kan lama2. Dan terima kasih kat kwn fb ku yg telah mendatang kan idea nk tulis entry pasal bunga kenanga. Pagi2 dia dh post gambar bunga kenanga kat wall. Baru di petik kata nya. Terus aku teringat kan arwah Atok Teh (nenek sebelah bak). Arwah Atok Teh suka sangat2 dgn bunga ni dengan bunga rampai (daun pandan yg di racik2 halus dan di campur dgn bunga2 dan di gaul sebati dgn minyak wangi). Arwah atok suka simpan bunga ni (dalam segenggam) kat kocek baju nye atau di balut dengan sapu tangan then dia suka hidu bauan bunga tu. I missed u nenek.. nostalgia nye ;(

Bunga kenanga atau nama botani nye menurut Wikipedia Cananga Odorata. Bunga kenanga ni memang banyak tumbuh melata kat hutan2 Malaysia dan sekitar Asia Tenggara. Pokok bunga kenanga hutan boleh membesar sehingga mencapai ketinggian 38 meter dan diameter batang nye pula sepanjang 1 meter. Dan bau bunga nye pula lebih kuat daripada pokok bunga kenanga kahwin (yg kita tanam sebagai hiasan kat laman rumah tu) dan tinggi pokok bunga kenanga kahwin pula hanya bole mencapai 1-2 meter sahaja. Dikatakan bau bunga kenanga ni akan lebih kuat di waktu senja kerana kemungkinan disebab kan faktor bagi menarik serangga pendebungaan yang aktif pada waktu tersebut. Orang2 tua ckp pokok ni bole menghalang kuasa "black magic" contoh nye terkena buatan orang.. Allahuwalam..


Bercakap pasal bunga rampai, rasa nye dah berzaman aku tak tengok bunga rampai. Last terpandang yg aku bole recall masa pengebumian arwah Atok Teh dulu, that time aku dlm form 5 kot.. Memang arwah Mak Ngah buat banyak2 utk tabur kat atas pusara atok. opss haa baru aku ingat, last raya masa aku ziarah kubur arwah abang aku kat Mahmoodiah aku ada beli bunga rampai utk tabur kat atas kubur. Tapi bau dia tak power, sbb tak campur minyak wangi kot. Teringat zaman aku kecik2 dulu kalau ada majlis pertunangan, perkahwinan,potong jambul or ada orang meninggal dunia kita akan bergotong royong meracik daun pandan utk buat bunga rampai. Berjalan ke rumah jiran2 yg ada banyak daun pandan then 'mintak sikit' pas tu jalan lagi kat umah jiran yg ada banyak tanam pokok bunga then 'mintak sikit' pas tu kecoh pulak kat rumah miyak wangi sape pulak yang nak di korban kan ni.. hahaha.. nostalgia btol lah

Masa ziarah kubur time raya hari tu memang macam pelik + kagum dgn suasana kat situ. Memang bisnes minded btol lh diaorang ni, kat kubur pun bole buat bisnes. Bersusun meja2 kecik kat tepi jalan kubur orang meniaga bunga rampai,bunga2, dgn air dlm botol utk di siram kat atas kubur. Si akak jual bunga, yang adik2 pulak (kecik2 lagi mukin dlm darjah 1-3) datang kat kitaorang (aku,hubby and Abid) tanya sama ada kitaorang memerlukan servis utk bersih kan kubur ke tak.. Hubby aku pun naik hairan tengok budak2 kecik gitu dah berkeliaran kat kubur - cari duit raya style baru gak nye. Bunga rampai dlm plastik kecik tu di jual dgn harga RM3, air paip dlm botol mineral besar (1.5 liter kot) pun di jual dgn harga RM3, servis bersih kan kubur RM 5, harga bunga jek aku tak tanya..

Rasa nye sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal memang buat duit btol lah diaorg tu. Rezeki ada di mana2 kan, yg penting usaha ;) Dan sekarang ni kita lancar kan misi mencari pokok bunga kenanga. Rakan fb aku tu cakap pokok ni ada jual kat nursery. Tapi kat JB ni harga pokok bunga ya ammmmpunnnnn pengsannn! Tau tak berapa harga pokok puding yang tinggi aras lutut c/w pasu plastik kat sini? RM 45 hinggitt.. pas diskaun dia kasi RM 30, tengah sale kata nya.. sori lh tak berbaloi langsung utk habis kan duit sebanyak itu kat pokok puding jek.. Pas tu nak beli pokok bunga kertas dari sebelum raya hari tu tak dapat2 lagi. Tunggu balik kampung nanti lah kita survey2 kat BP pulak.. ;) 

p/s: bukan kedekut cuma spend ur money wisely.. hihi

Khamis, 1 Disember 2011

Jeruk Madu Pak Ali

Assalamualaikum..
hari ni nak ce citer pasal Jeruk Madu Pak Ali yg dasat sedap tu..
Alhamdulillah, pagi tadi dah setel packing kat peket2 kecik.
sok dah bole hantar kat kedai ;)
Mudah2an dapat sambutan mengalak kan.. InsyaAllah.

Jeruk Madu Pak Ali kini lebih sihat dan menyegarkan, ditambah dengan madu asli, menggunakan cuka epal yang terbukti berkesan untuk kecantikan dan kesihatan, air jeruk boleh terus diminum, dijadikan koktail, dan telah memperolehi sijil halal Jakim. Jeruk Madu Pak Ali merupakan produk jeruk Islam yang dipasarkan secara menyeluruh keseluruh Malaysia,Bermula tahun 1985 jeruk madu Pak Ali ini telah diusahakan, dan kini beroperasi di IKS Tawar,Produk jeruk pak Ali juga telah dijadikan satu produk pertanian yang digunakan sebagai pengenalan produk pertanian Pulau Pinang.

KELEBIHAN JERUK MADU PAK ALI
*Seratus peratus pengusaha Islam. *Diyakini Halal.
*Menggunakan madu lebah asli. *Menggunakan pengawet yang sedikit,
*Tidak mengakibatkan Batuk *Air jeruk jernih.
*Tidak menggunakan gula sakarin sebaliknya hanya gula biasa

Produk Jeruk Madu Pak Ali:


 1. Jeruk betik

 2. Jeruk sengkuang

 3.Jeruk Kelubi/Asam Paya

 4.Jeruk Mangga Sala/Mangga kulit

 5.Jeruk Jambu Batu

 6.Jeruk Salak Madu

 7.Jeruk Anggur
 8.Jeruk Mangga Kuning

 9.Jeruk kedondong

10. Jeruk Ceri & cermai

1 balang = 350g/RM10 + caj penghantaran
1 balang=500g/RM15 + caj penghantaran

Jeruk juga boleh juga menjadi cenderahati atau dessert utk majlis2 perkahwinan atau pun kenduri-kendara.

Jeruk Madu Pak Ali sesuai utk semua peringkat umur termasuk lah kanak2 kerana ia tidak mendatangkan batuk dan rasa perit di tekak.

Sila tinggal kan komen & no telepon utk tempahan yek.. 

Welcome to December

haishhh.. dah1 December rupa nya hari ni..
tak baik mengeluh kan..
tau tak pe, dah tau nape wat gak.. hehe

Assalamualaikum.. lama tak update blog.
ntah ler, tak de mood. cuma blogwalking jer.
tu pun singah blog pasal mkn jek..
cri resipi2 yg best utk aku try kat umah
and cari2 idea nak bisnes ;)

hasil nya, aku ingat nak jual Rojak Madu Pak Ali dari Penang..
dah beli beberapa kilo dari sorang wakil pemborong kat JB ni..
dasat tak ingat.. specially jeruk kedondong dia.
Sedap + rangup.. isk kecur pulak.. hehe

Pagi tadi sementara nak tngu siap2 pi opis, curi2 masa sket utk re-packing jeruk2 tu ke peket2 kecil. Timbang dulu, biar lebih sket tak ape, sedekahhhh..

Bila masuk opis pulak, bos call; dia minta tulun ajar kan anak dia buat kastam form sementara tgh cuti sekolah ni. oh ye ke.. baik bosss

Nampak mcm pemalu and mcm budak baru abis SPM, tapi rupa nya dah berumur 22 tahun and kaki karaoke.. mak aii amik kau haha
thats why bos aku nak control dia.. kalau dah dok kat Red Box tu, kol 12 mlm pun tak reti nak balik umah lagi.
"tau reti blanje duit je, tapi tak tau kerja", tu bos aku yg cakap eh

Tak tau bapak dia yg status "taukeh" ni pun kerja lebih teruk dpd pekerja2 dia. Tapi dia yg nak mcm tu, tak percaya kat org lain nak cover kerja dia. Of course ler, kalu apa2 hal customer tiau dia.. hehe. ingat senang ke jadi bos..

Dia pernah citer kat aku, ada driver lori yg dah beristeri pas tu ada affair dgn pempuan indon, then nak kahwin dgn pempuan tu, tengah2 mlm isteri driver lori tu telepon marah2 bos aku.
Sampai sekarang dia confused, kenapa dia pulak yg kena marah.. haha
aku pun tak paham gak.. Dengar2 nya skang ni driver tu tengah cari calon yg ke-3 pulak. Berasap lagi lah telinga taukeh aku.. kehkehkeh

Dalam cadangan, rasa nya tahun depan mcm nak bisnes roti kecil2an..
tengah kumpul duit sikit2 nak beli breadmaker.. amacam ok tak.
Kena kerja keras sikit ni, dengar2 rumah yg aku beli tu dah hampir siap. Cepat2 ler pindah, bole jimat duit sewa rumah.

Pastu tadi, member aku post kat fb, dia nak tolak Jazz kaler putih, harga 43K jek.. biar betol dia ni. Tengok mcm berkenan jek.. sport rim pon cantik. aku memang minat dgn Jazz.
Memang teringin sgt nak ada kereta sendiri (encik hubby kedekut tak kasi pakai kereta dia)
Nak kena kira bajet betol2 ni. Rumah dah nak siap, pas tu rasa tahun depan nak masuk kan Abid kat taska.. wooo semua nye nak guna RM.

kenapa lah cpt sgt December datang.. pejam celik2x kang dah masuk tahun baru pulak..
mana boleh semua benda nak dapat kan dlm satu masa.. isk tension nyer

"Dahulu kan yg penting lah... apa ler..
jgn terlalu obses sgt..
berbelanja secara berhemah, ok"!

oh ye ke.. ;(
baik lah ... saya akan cantas semua nafsu yg akan membinasa kan diri saya sendiri..

Rabu, 23 November 2011

Malaysia Damai..

As salam.. lum terlambat rasa nya nak ucap kan tahniah kat team Malaysia - Harimau Muda. Specially tu my feveret player; KFCM a.k.a Khairul Fahmi Che Mat..

Alhamdulillah.. bangga nye. Tido pun senyum jek.. haha

And kepada team Indonesia; Garuda Muda.. adat permainan. Dah nama nya pun bola sepak, mesti ada team yg akan menang dan ada team yg akan kalah. Tak perlu lah terlalu emosi..

Khabar nya peminat2 fanatik bola sepak Indonesia telah melempias kan kemarahan hingga terbawak2 ke alam cyber dgn menggodam laman web 1 Malaysia dan maki hamun di facebook and the latest sekali memonyet kan gambar kapten Team Harimau Muda; Badrol Bakhtiar..




Tak baik kan diaorang ni.. isk isk isk
Udah2 ler tu.. Sukan Sea di wujud kan utk merapat kan lagi silaturrahim, tapi sebalik nya pulak yg terjadi..

Rasanya dari zaman Presiden Soekarno lagi, orang Indonesia selalu bikin konfrontasi dgn orang Malaysia.. aku sangat2 tak paham kenapa Indon selalu cari gaduh dgn Malaysia. Sedangkan kita ni bersaudara dan dari agama yang sama. Kebanyak kan rakyat nya cari makan kat Malaysia, dan ada yg dah hidup senang, punya bisnes sendiri dan ada yang berkahwin dgn rakyat tempatan. Meraka diterima baik di Malaysia.. jadi mau apa lagi yaaa..

Aku sendiri berketurunan jawa. Arwah datuk aku dari Ponoroga berhijrah ke Malaysia dan berkahwin dgn arwah nenek aku. Alhamdulillah.. family kitaorang ok jek. Tak ada penindasan utk org2 berketurunan jawa. Kita kan serumpun, budaya kita lebih kurang sama jek. Kalau ada persamaan itu kerana dibawa oleh org2 terdahulu yg berhijrah ke Malaysia. Dan beberapa tahun yang lepas family aku di kunjungi oleh saudara2 kitaorang yang kat jawa. Kiranya diaorang menjejak kembali saudara mara yang menghilang.. so sweet ;)

So, jangan sebut lagi Malaysia as a Malingsia, ok! Kau dan aku sama jek..

Malaysia selalu ingin kan damai dan sentiasa beralah kerana sengketa tak membawa apa2 kebaikan utk kita semua. Bila Indonesia di terima musibah, cepat2 Malaysia menghulur bantuan. Begitulah sepatut nya hidup sebagai tetangga ;)

Harimau Muda dan Garuda Muda sama2 kuat.. hingga ke game masa tambahan pun sama2 tak mahu kalah, cuma malam tu luck lebih kepada Harimau Muda.. jadi kita terima seada nya saje;)