BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Selasa, 8 November 2011

Parenting Guide:Doa untuk menangani anak yang nakal



Sharing is caring.. ;)
1.Baca “Ya Latif” sebanyak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur
2.Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk

3.Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak

4.Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati

5.Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya “Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembus pada susu

6.Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud “Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.

7.Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani anak-anak belajar

8.Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud ” Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya”

9.Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.

10.Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud ” Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.

11.Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud “Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.

Doa-doa dari ayat Al-Quran yang boleh diamalkan

1.Supaya anak-anak pandai belajar, baca surah Al-Anbiya’ ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa

2.Sewaktu anak-anak bergaduh, baca surah Al-Baqarah ayat 102

3.Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran, baca surah A-anbiya’ ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24

4.Anak-anak malas ke sekolah, baca surah Taha ayat 1 hingga 5.

5.Anak-anak yang suka keluar malam, baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali.
Insyaallah dengan doa yang tidak putus, anak-anak yang nakal akan berubah menjadi baik.

Khamis, 3 November 2011

Parenting Guide:Panduan Mendidik Anak

As salam.. selamat hari Jumaat yer.
Dan selamat menyambut Hari Raya Haji yang akan datang ni..

Dah buat korban belum.. Alhamdulillah, aku dah laksana kan nya 2 tahun lepas.
Tak payah tunggu tua, kalau ada rezeki, buat lah sekarang. Perkara baik jangan di tangguh kan.
Sebab bila tiba ajal kita nanti, sesaat pun tak akan tertangguh ;)

Daripada kita membazir duit membeli pakaian branded yang mahal2, baik kita kumpul kan duit tu utk beli haiwan utk buat korban. At least terjamin jugak masa depan kita di akhirat nanti ;)

Aku punya plan, sempena cuti raya haji ni, ingat kan sok nak balik kampung. So curi2 lah masa utk buat ole2 utk balik kampung lepas balik kerja semalam. Memandang kan diaorang semua suka sgt dgn donut frozen yg aku buat hari tu, then puas aku mengerja kan sekilo tepung utk di donut kan tadi malam.

Tapi hari ni bukan lah nak citer pasal donut, nak citer pasal Abid yg agak menjadi2 perangai nya kebelakangan ni. Aku tahu, nakal dia sebab dia nak kan perhatian dan nak kan kita melayan karenah dia. Dan lagi pun memang itu lah sifat semula jadi kanak2. Cuma aku ni je, cepat sgt hangin satu badan. Mungkin dengan tekanan minda dan tubuh yg letih then di asak masa utk menyudah kan kerja2 ku di dapur, memang malas aku nak layan. Kekadang aku marah dia dengan suara yg high pitch, tapi bila tu pun tak jalan, memang dapat lah satu das cubitan kat peha dia.

Lepas solat subuh pagi tadi, ntah kenapa semua nya kembali bermain kat fikiran aku. Menyesal sebenar nya.. Lately aku selalu sibuk dgn urusan2 rumah tangga, sampai agak mengabai kan dia.
Yang paling ketara, sejak seminggu yang lepas dia tidur di sebelah daddy dia. Selalu nya dia akan tidur di sebelah aku. Terasa macam kehilangan pulak..

No body is perfect! Aku ingat lagi kata2 Wardina; kita kena belajar menerima kesalahan diri kita, dan yang paling penting belajar utk memaaf kan diri sendiri. Jangan asik nak beri arahan je pada anak kita, anak2 juga perlu di belai dgn peluk cium ;)

Menjadi ibu bapa tak bermakna kita ada lah perfect. Ibu bapa juga buat salah. Masa kita kecik2 dulu, dalam diam ada je kita protes atau memberontak apa yang mak bapak kita buat. Sekarang bila turn kita pulak jadi mak bapak, baru kita rasa susah senang nya mendidik anak.

Kebetulan pulak hari ni, kawan fb aku ada post kan Panduan Mendidik Anak kat wall aku..
Cukup menarik dan memberi kesedaran. Jom kita baca artikel ni sampai habis and baiki kesilapan kita sama2 k.

PANDUAN MENDIDIK ANAK

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”
Semoga Allah mengurniakan aku kesabaran dengan tahap yang paling tinggi sekali dalam mendidik anak aku dgn penuh kasih sayang.

Azab si Kucing..


Setan betol sape yang buat kerja ni..
Memang sadis.. hati nya begitu kotor dan hitam..
Zalim! Manusia yang paling hina sekali..
Mentang2 lah ini hanya anak2 kucing yang tak pandai nak melawan, kau bunuh dgn kejam!
Semoga Allah membalas segala kezaliman kau dgn lebih dahsyat lagi!

Entry ni sebagai menyahut seruan kawan fb aku sebagai tanda benci terhadap kezaliman terhadap haiwan!

Cerita disebalik gambar ni;

Ibu kucing ini terus menjilat mayat anak-anaknya dengan harapan mereka sembuh kembali. Mengikut sumber, saksi terdengar kucing menangis di tingkat bawah, dan apabila mereka sampai ke tempat kejadian, mereka menemui kucing liar dan anak-anak kucing yang diseksa sehingga mati. Kesemua badan anak-anak kucing tersebut dipenuhi dengan tembakan pistol angin, dan ada pula yang diikat lehernya, dan ada pula yang dibedah sehingga jantung kucing itu terdedah, dan kepala ketiga-tiga kucing yang lain dipijak! Kejamkan orang ni?


Sila SHARE atau REBLOG berita ini sebagai tanda anda menentang penderaan binatang!

Festival seksualiti di Haramkan!


Alhamdulillah..
Segala kerisauan ku masih ada lagi yg ambil peduli. Thank You Allah ;)

Petang ni, Timbalan Ketua Polis Negara telah mengumumkan bahawa semua acara yang di anjurkan sempena Seksualiti Merdeka di haramkan sama sekali.

Antara aktiviti yang akan berlangsung ialah, pameran poster yang bermotifkan persamaan hak asasi golongan LGBT (malang nya antara pelukis poster yang terbabit ialah orang islam; Fahmi Reza,Shahril Nizam..) pengakuan kabaret, mini konsert Rainbow Massacre, pelancaran buku, perbicaraan olok2, bengkel, etc..

Polis telah pun membuka kertas siasatan berhubung program berkenaan dan akan memanggil semua penganjur termasuk bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga S untuk memberi keterangan secepat mungkin.


Terima kasih kepada pihak2 atau pun orang perseorangan yang ambil tahu perkara ini.
Semoga Islam terus bersinar di Malaysia.. Amin

Rabu, 2 November 2011

Thanks Wardina ;)





Alhamdulillah.. akhir nya ada juga yang bersuara..
Thanks Wardina.. ingat kan tak ada orang yang nak ambil tahu.
Tak salah rasa nya saya pilih awak sebagai idol saya. Sentiasa ingin perbaiki diri. Thank you for being inspirational ;) hehe

Rasa nya naluri seorang ibu kebanyak kan nya serupa. Sentiasa bimbang akan cabaran yang akan di lalui oleh anak2 kita.. Kalau kita tak mempertahan kan masa depan yang lebih baik untuk anak2 kita, siapa lagi. Dan kita semua akan di tanya di akhirat kelak, apa kah peranan atau pun kebaikan yang telah kita lakukan masa di dunia..

Tepuk dada, tanya lah iman kita ;)




Selasa, 1 November 2011

FESTIVAL SEKSUALITI DI MALAYSIA!

SEKSUALITI MERDEKA 2011
Queer Without Fear
1 Nov – 13 Nov, 2011
The Annexe Gallery, KL

Astaghfirullahalazim..
Ni memang post yg berjaya membuntang kan biji mata aku pada hari rabu yang berbahagia ini..
Pelik nya, aku skang kat Malaysia ke kat U.S ni.. Iskkk tak takut ke dgn balasan Allah!

Please lah do something wahai org2 yg mempunyai kuasa untuk bersuara, cegah sebelum parah. Takut lah dengan balasan Allah. Tak kan kita nak peristiwa kaum Nabi Lut menimpa kita di Malaysia ni. Mana lah NGO islam yang lantang bersuara. Kalau PAS dah tak boleh di harapkan, bangkit lah pemuda UMNO untuk berjuang. Ketepikan lah hal politik, ini adalah agama kita, tanah air kita dan tanggung jawab kita bersama. Takut nanti esok lusa, anak2 bangsa kita jugak yang terjebak. Silap haribulan, siap jadi presiden lagi..

Jangan lah di cemari bulan yang mulia ini. Orang lain berlumba-lumba pi festival haji kat Makkah, tapi kita kat Malaysia berfestival maksiat pulak.. Hinanya!

Serba sedikit sinopsis Festival Seksualiti Merdeka;
1. Berlangsung dari 1 Nov - 13 Nov 2011 di The Annexe Gallery, ini adalah tahun kedua penganjuran nya di Malaysia.
2. Festival ini adalah untuk meraikan warga gay, lesbian, biseksual, transeksual atau kumpulan pengamal seks songsang di Malaysia.
3. Antara penaja nya ialah; Amnesty International Malaysia, Bar Council Human Rights Committee, Justice For sisters, SUARAM, etc (banyak lagi)
4. Di rasmikan oleh Dato Ambiga Sreevanasan!
5. Objektif festival; mendesak penerimaan masyarakat ke atas golongan LGBT sekaligus memperjuangkan amalan seks songsang di halalkan di Malaysia.

Apa effect festival atau pun kumpulan ni kepada masyarakat, Kepada generasi seterus nya, kepada anak, cucu kita suatu hari nanti.. Jernih kan fikiran kita bersama, dan jangan di politik kan isu agama. Ini adalah tanggung jawab kita semua umat islam. Di harapkan ada NGO / para ulamak yg dapat memimpin kita menentang kejahilan ni.

Semoga Allah melindungi kita semua.. amin

Isnin, 31 Oktober 2011

Kemuliaan Ibu Mengandung



Alhamdulillah, hari ni dapat info yg sgt2 menarik pada aku hehe..

Tak tahu ler nape lately, dah 2-3 mlm asik mimpi baby jek.. Dah sampai seru nak tambah lagi satu gak nye. hehe

Pas tu masa singgah kedai mamak beli roti pagi tadi, ada satu akak tu masuk kedai sambil dukung baby yg sgt2 lah gebu nye. Memang aku tak boleh control diri aku, terus je pi kat akak tu then agah2 baby tu. Geram sgt dgn pipi dia yg tembam and mata dia yg bulat, alis mata nya yg hitam, kulit nya yg putih gebu, badan nya pejal.. iskk geram nye.

Abid mesti suka kalau dapat adik gak nyer..

Tapi dia manja sgt lah. sikit2 nak mintak dukung. Then baru tadi hubby aku cakap, dia kat Giant sebab nak beli kan Abid Yakult dgn Milo. Abid merajuk dari pagi tadi sebab tak bekal kan dia Yakult utk ke rumah nenek dia. Mengekek2 aku ketawa. Dah pandai merajuk anak mama yang sorang ni.

Yang buat aku ketawa sebab terbayang kan gelagat nya bila merajuk, especially muka nya yang cemberut tu and mulut nya yang memuncung.. and dia akan merungut ntah apa2 dgn suara yg perlahan dan pelat. Memang tak faham langsung dgn apa yg dia cakap.. Nak mintak pujuk lah tu.. kehkehkeh

Tengok lah tahun depan kalau ada rezeki, InsyaAllah mcm nak tambah anggota baru. Teringin nak anak perempuan pulak. Kalau tengok baju2 baby girl, alahai syahdu je kat hati ni.

Tapi nak kena tengok jugak keadaan kewangan family. Perancangan keluarga itu penting tau! Nak kena buat bajet yg mencukupi, so nanti tak akan ada keperluan yg akan terabai. Anak2 adalah amanah Allah, kena pelihara ia sebaik nya. Kalau beri makan, kena beri makanan yang terbaik, didikan yang terbaik. Itu semua akan di tanya di akhirat kelak. Walaupun aku tahu, tiap seorang Hamba Allah yg lahir di dunia telah di tentukan rezekinya, tapi rezeki tak akan datang bergolek, ye tak? ;) Nantilah, bincang dgn encik hubby dulu hehe..


Kelebihan Ibu Hamil;

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.…

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hambaNYA. Firman ALLAH s.w.t. : ” Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.? ” (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64 : 15)

Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.
Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :
“Tahukah engkau siapakah orang yang mandul.? Berkata para sahabat : Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak. Lalu Rasulullah SAW berkata Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.
(Maksud Al-Hadith )

artikel ni saya amik dari uptomu.net. thanks for sharing ;)