BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Jumaat, 30 September 2011

Apa komen Datuk Seri?


Bila press tanya PM, apa komen beliau mengenai Namewee?
Ni jawab beliau;

"saya di fahamkan beliau merupakan penyokong kuat 1 Malaysia. Jadi saya galak kan beliau terus memberi segala pandangan sebagai seorang blogger"

"Atau mungkin cara-cara lain seperti penerbitan filem yang mencermin kan sokongan kita kepada Gagasan 1 Malaysia"

Namewee aka Wee Meng Chee yang berkelulusan ijazah sarjana muda komunikasi massa dari universiti di Taiwan kini jadi pengarah filem pulak. Kalau tak silap aku, filem pertama arahan nya Nasi Lemak 2.0 tengah main kat pawagam sekarang.

Sikit masa dulu, mungkin dalam 2-3 tahun lepas dia ni pernah menggemparkan negara dengan music video nya di you tube yang berjudul 'Negarakuku'.. kecoh jugak lah masa tu.

Tapi, bila tanya PM mengenai hasil kerja Namewee yang dulu2, ni jawab beliau;

"saya tidak mahu memberi komen, sebab masing2 ada kelainan nya. Dia merupakan seorang yang agak ada kelainan nya. Bukan seorang yang konvensional dari segi pendekatan dan pemikiran nya"

ermmm.. jawapan selamat!

Ntah apa lah yang dia sakit hati sangat dok kat Malaysia ni. Adat lah, Malaysia sebuah negara yang berbilang bangsa. Banyak orang, banyak lah ragam nya. At least, kau hidup lagi sampai sekarang dok kat Malaysia ni kan. sihat tubuh badan, sempurna fizikal tak ada cacat cela nya..

Cuba tengok negara lain, kanak2 mengemis di tepi2 jalan demi sesuap nasi. Ada yang kecik2 lagi dah mati kebuluran. Ada yang tengah tido malam syok2 kat rumah, tapi tak sempat nak jumpa pagi sebab malam2 rumah dah kena bom. Kita kat Malaysia hujan air, diaorang kat sana hujan peluru mortar. sadis nya..

Aku sangat2 bersyukur menjadi rakyat Malaysia. Thank you Allah..

Honestly kalau kau nak hidup senang dan diberkati, memang kena struggle lah. Bukan senang nak senang kan.. ;) Tapi kalau nak senang dengan cara yang senang pun ada jugak.. Tepuk dada, tanya iman.. ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan