BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Jumaat, 21 Oktober 2011

Servis macam ni pun ada ke?

Aku wat entry ni bukan bertujuan utk melucah yer.
Cuma terkejut + pelik.. servis macam ni pun ada ke.

 Di Jepun terdapat satu kumpulan amal yang menggelar kumpulan mereka "Whitehands" yang membantu orang2 cacat yang tidak dapat bermasturbasi secara normal beronani. Ditubuhkan pada tahun 2008 dan sehingga kini telah meluaskan operasi nya sehingga ke 18 buah daerah di Jepun.

Salah seorang yang mendapatkan perkhidmatan kumpulan Whitehands ialah lelaki ini. Dia sangat2 berterima kasih kerana ada kumpulan amal seperti ini. Dahulu nya dia berasa sangat terseksa dan menderita kerana orang cacat juga mempunyai dorongan nafsu seperti lelaki normal yang lain. Kini sudah 3 tahun dia menggunakan perkhidmatan kumpulan ini.


Caj untuk perkhidmatan ialah 3500 Yen untuk 15 minit, 5500 Yen untuk 30 minit dan lebih 10,000 Yen untuk 1 jam.

Yang terlintas kat kepala aku; kalau kerja amal tak kena bayar. Free je ye tak. Ni siap bayar per hours tu, dah macam langgan pelacur pulak. Giler kentang betul!

sumber: thanks tu Dhaniels.com

Kasih si kecil

Selamat pagi sabtu semua.. ;)
hari ni kerja half day ke..
pada yg bercuti mesti seronok kan.. ya beda bedooo

Hari ni aku nak share pasal kisah si anak kecil yang mempunyai hati yang besar. Si kecil ini bernama Dong Xinyi dari Shandong, China. Dia baru berumur 3 tahun tapi dah boleh memikul tanggung jawab untuk menjaga ayah nya yang berumur 26 tahun  kerana menghidapi penyakit lumpuh akibat kemalangan. Ibu nya pula menghilang kan diri setelah ayah nya di dapati lumpuh setelah kemalangan.

Setiap hari adik Xinyi melakukan rutin yang sama. Menyediakan air untuk mandian ayah nya. Merawat dan membersihkan kotoran ayah nya serta menyediakan segala keperluan ayah nya.






Adik Xinyi di lahirkan dalam sebuah keluarga petani di kota Huanghia daerah Shandong, China pada tahun 2007. Beberapa bulan kemudian ibu nya membawa nya keluar dari rumah setelah ayah nya mengalami lumpuh akibat kemalangan. Namun awal tahun ini, si ibu telah mengirimkan kan Xinyi kembali kepada ayah nya. Tidak di ketahui mengapa ibu nya melakukan begitu. Dan semenjak saat itu dia mula merawat ayah nya.


 sedang membuat persiapan untuk menyediakan makan malam untuk ayah tersayang


Bahagia nya ibu bapa yang di anugerah kan anak seperti ini kan. 
Di kaulah kupu-kupu syurga ;)

sumber: terima kasih RuangHati.com

Ibu gila! Mandi kan anak dalam mesin basuh hingga mati..


Disana sini kekejaman terhadap kanak2 berleluasa..
Mungkin kerana mereka insan yang lemah, tidak berdaya untuk melawan, jadi kita sering menjadikan nya tempat untuk melepas kan kemarahan..

Ini memang kerja gila, semesti nya langsung tidak berperikemanusiaan. Sanggup membunuh anak yang di kandung nya sendiri.

Di Tokyo, seorang ibu di tahan polis kerana menyebab kan kematian anak nya dengan memasuk kan anak nya ke dalam mesin basuh yang sedang berpusing. Dia juga mengakui telah beberapa kali melakukan nya dengan menutup mulut anak nya dengan kain serta mengikat tangan dan kaki nya kemudian menyuruh nya duduk di dalam mesin basuh yang penuh dengan air dan kemudian menggerak kan mesin basuh tersebut.

Menurut harian Asahi, ibu terbabit telah bercerai dengan suami nya sejak tahun 2008. Dan semenjak itu lah dia mula mendera anak nya..

Kesian nya si kecil ku.. Tahun2 yang penuh azab bagi mu.. Semoga kau bersemadi dengan aman bidadari kecil ku..

kau pergi jua sayang.. ;(


Kau pergi jua sayang..

Adik Wang Yue Yue telah di sahkan meninggal dunia awal pagi tadi setelah hampir seminggu bertarung nyawa di hospital.

Sebak di dada mengundang air jernih mengalir dari kelopak mata aku. Kesian pada si kecil yang malang ni.

Adik Yue Yue di sahkan meninggal kerana kegagalan sisem badan nya berfungsi. Sebelum itu dia tidak sedarkan diri dan menyukar kan para doktor untuk menyelamat kan nya kerana otak nya tidak lagi berfungsi.

Jika itu yang terbaik untuk mu, ku relakan sayang..


“Selamat tinggal Yue Yue, tiada lagi kenderaan di syurga.
“Yue Yue, selamat tinggal, dan jangan lagi dilahirkan sebagai rakyat China pada masa depan,” antara tulisan yang diluahkan oleh bloger di China mengenai kematiannya.


Khamis, 20 Oktober 2011

Dia adalah kupu-kupu syurga


As salam..
Alhamdulillah, syukur pd Yang Maha Esa kerana dapat lagi kita bersua di blog yg tak seberapa ni.
Bukan malas nak update blog ni atau pun tak ada masa.
Tapi aku mencari bahan yang betul2 bermanfaat dan boleh membangkit kan kesedaran atau pun mengembalikan sifat insan dalam diri kita.

Bila memandang kan keadaan sosial masyarakat kita, keinsafan itu datang dalam hati aku. Yup, semua orang berlumba2 mencari duit, mencari kesenangan, mencari kekayaan tapi itu cuma material je, jangan biarkan rohani kita miskin dan haus dengan sifat2 keinsanan.

Lagi-lagilah gejala pembuangan bayi dan penderaan kanak2 yang berleluasa sekarang ni amat meruntun naluri ku.. ;(

Dalam kita sibuk berkerja menunaikan segala tugas dan amanah, jangan di lupa akan tanggung jawab dan amanah yang satu ini.. anak2 kita. Mereka bukan saja perlukan makan dan pakai, tapi juga belaian dan peluk cium daripada kedua ibu bapa.

Semuanya bermula di rumah. Selalu nya, bagaimana kita di didik akan menjurus bagaiman cara kita mendidik anak2 kita pula. Tapi sekarang para ibu kebanyak kan nya ibu2 yang educated. Ilmu untuk mendidik boleh diperolehi dari pelbagai sumber.

Aku sendiri memang tegas terhadap anak aku. Setiap kali aku marah pada nya (selalu nya kena cubit sekali  kat peha hehe) aku akan menjelas kan kenapa aku marah dan  kenapa aku melarang dia daripada melaku kan nya. Bila dia berhenti menangis aku akan memeluk dan mencium nya, dan menasihati nya agar tidak mengulangi nya lagi.

Ajaran islam sendiri menyeru umat nya untuk mengasihi anak2..

"Ciumlah anak mu kerana pahala setiap ciuman itu di balas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalam nya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak."

"Barangsiapa keluar ke pekan muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anak nya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak di seksa di akhirat kelak."

Lagi satu yang aku perasan, ibu2 sekarang macam berlumba2 pakai kan anak2 mereka dgn fesyen2 yang tekini. Amat lah tak elok rasa nya pakai kan anak2 perempuan dgn pakaian yang terdedah sana sini (walau pun kecik lagi) dgn alasan "kesian dia, panas!"

"Muliakan anak2 dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anak mereka dalam keadaan jahil, dia turut menanggung tiap2 dosa yang di lakukan oleh anak nya itu.."

Sangat2 besar peranan dan tanggung jawab ibu bapa. Sayangi lah anak2 kita kerana mereka umpama kupu-kupu syurga.

Please stop pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak. It hurts me so mush.. ;(

Selasa, 18 Oktober 2011

Rahsia No Peribadi Mu ;)



Korang mesti try ni tau.. best!
Cuba kenal pasti nombor peribadi korang.
Pastu tengok jawapan nya, sesuai tak dengan diri korang.

Kebetulan, nombor peribadi aku huraian nya memang sebiji kena batang hidung aku.. haha
Patut lah, masa kat sekolah dulu kawan aku pernah tegur;

 " Kau ni Salina, lebih baik diam ler dpd bercakap. kau kalu bercakap memang makan dalam. Iskkk panas telinga aku ni"..

"Haha.. ye ke? Abis, aku elok2 dok diam, kau kacau.."

Normally, aku rasa aku ni boleh disifat kan agak pendiam. Aku tak suka sangat cakap2 kosong. Duduk berlonggok ramai2 mengumpat tu lagi lah memang bukan aku. Bukan aku tak suka campur orang, tapi entah lah.. tu memang bukan aku.

Tapi jiwa aku sangat2 peka dan sensitif. kepala otak aku sentiasa berfikir utk buat itu dan ini. Berfikir tentang hal2 dunia dan akhirat. Tentang masa depan generasi akan datang, masa depan dunia, bumi kita.. Gejala sosial yang sangat2 kritikal, manusia yang sudah hilang pertimbangan dan sifat2 insan.. Tentang buruk baik bajet 2012 (realiti atau fantasi.. hehe), hal2 ekonomi negara dan dunia, perang kat palestin bila lah penamat nya.. bla bla bla tu semua aku fikir.. hahaha

Dan kekadang aku sangat ego. Ni lah satu sifat aku yang sangat2 aku risau. Takut jadi munafik dan lupa diri pulak. Astaghfirullahalazim.. semoga Allah melindungi aku dpd sifat2 jahat ni.

Senang aje nak cari nombor peribadi kita ni. Cuma tambah kan saje nombor2 tarikh lahir kita tu. contoh nya; tarikh lahir kita 19/10/2011 = 1+9+1+0+2+0+1+1 =15. pas tu kita tambah kan lagi, 1+5 = 6. Jadi 6 adalah nombor peribadi kita.

Nak tahu huraian nya klik link kat bawah ni yer;

Rahsia No Peribadi ~ Up To Mu
tq for sharing ;)

Haiwan yang ganas pun tau belas kasihan..


Mesti tengok video ni! Wajib.. terutama sekali kepada korang yang mempunyai ciri2 yang menjurus kepada kezaliman.

Haiwan yang ganas ni pun ada perasaan bersalah dan belas kasihan.

Tak sangka, monyet yang di serang nya utk di jadikan habuan rupanya tengah pregnant.
Dan tak di sangka2, tengah dia kerkah monyet tu, tiba2 terkeluar baby monyet..
Terus dia tak jadi makan monyet tu, tapi merawat si baby monyet tu..

Korang tengok lah sendiri, mana lah tahu kot2 boleh membersih kan kembali hati kita yang sudah mula di tumbuhi tompok2 hitam..