BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Khamis, 13 Oktober 2011

10 Pintu Syaitan Di Alam Nyata..


Sempena hari jumaat yang mulia ini, ni ada lagi entry utk kita share sama2 ye kwn2 hehe..


10 Pintu Syaitan Di Alam Nyata.

Pintu-pintu tersebut tidak boleh terbuka kecuali jika seseorang mengetahui pintu-pintu tadi. Syaitan tidak boleh terusir dari pintu tersebut kecuali jika seseorang mengetahui cara syaitan memasukinya. 
Cara syaitan untuk masuk dan apa saja pintu-pintu tadi adalah sifat seorang hamba dan jumlahnya amatlah banyak.

Pada masa ini kami akan menunjukkan pintu-pintu tersebut yang merupakan pintu terbesar yang setan biasa memasukinya. Semoga Allah memberikan kita pemahaman dalam permasalah ini.

Pintu pertama:
Ini adalah pintu terbesar yang akan dimasuki syaitan iaitu hasad (dengki) dan tamak. Jika seseorang begitu tamak pada sesuatu, ketamakan tersebut akan membutakan, membuat tuli dan menggelapkan cahaya kebenaran, sehingga orang seperti ini tidak lagi mengenal jalan baik atau buruk.

Begitu pula jika seseorang memiliki sifat hasad, syaitan akan menghias-hiasi sesuatu seolah-olah menjadi baik sehingga disukai oleh syahwat padahal hal tersebut adalah sesuatu yang mungkar.

Pintu kedua:
Iaitu marah. Ketahuilah, marah dapat merosak akal. Jika akal lemah, pada masa itulah tentara syaitan akan melakukan serangan. Mereka akan mentertawakan manusia jika manusia terbawa amarah. Pada keadaan kita seperti ini, segeralah berwudhu kerana marah terjadi akibat hembusan api jahanam, padamkan dengan air wudhu.
 
Pintu ketiga:
Iaitu sangat suka menghias-hiasi tempat tinggal, pakaian dan segala perabot yang ada. Orang seperti ini sungguh akan sangat rugi kerana umurnya hanya dihabiskan untuk tujuan ini.

Pintu keempat:
Iaitu kenyang kerana telah makan banyak makanan. Keadaan seperti ini akan menguatkan syahwat dan melemahkan untuk melakukan ketaatan pada Allah. Kerugian lainnya akan dia dapatkan nanti di akhirat.

Pintu kelima:
Iaitu tamak pada orang lain. Jika seseorang memiliki sifat seperti ini, maka dia akan berlebih-lebihan memuji orang tersebut padahal orang itu tidak memiliki sifat seperti yang ada pada pujiannya.

Akhirnya, dia akan mencari muka di hadapannya, tidak mahu memerintahkan orang yang disanjung tadi pada kebajikan dan tidak mahu melarangnya dari kemungkaran.
 
Pinta keenam:
Iaitu sifat selalu tergesa-gesa dan tidak mahu bersabar untuk perlahan-lahan. Padahal terdapat sebuah hadits dari Anas, di mana Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

"Sifat perlahan-lahan (sabar) berasal dari Allah. Sedangkan sifat ingin tergesa-gesa itu berasal dari syaitan." (Hadits ini diriwayatkan oleh Abu Ya'la dalam musnadnya dan Baihaqi dalam Sunanul Qubro. Syaikh Al Albani dalam Al Jami' Ash Shoghir mengatakan bahwa hadits ini hasan)

Pintu ketujuh:
Iaitu cinta harta. Sifat seperti ini akan membuat berusaha mencari harta bagaimana pun caranya. Sifat ini akan membuat seseorang menjadi bakhil (kedekut), takut miskin dan tidak mahu melakukan kewajiban yang berkaitan dengan harta.

Pintu kelapan:
Iaitu mengajak orang awam supaya ta'ashub (fanatik) pada madzhab atau golongan tertentu, tidak mahu beramal selain dari yang diajarkan dalam madzhab atau golongannya.

Pintu kesembilan:
Iaitu mengajak orang awam untuk memikirkan hakIkat (kaifiyah) dzat dan sifat Allah yang sukar dicapai oleh akal mereka sehingga menjadikan mereka menjadi ragu dalam masalah paling penting dalam agama ini iaitu masalah aqidah.

Pintu kesepuluh:
Iaitu selalu berburuk sangka terhadap muslim lainnya. Jika seseorang selalu berburuk sangka (bersu'uzhon) pada muslim lainnya, pasti dia akan selalu merendahkannya dan selalu merasa lebih baik darinya.

Seharusnya seorang mukmin selalu mencari udzur dari saudaranya. Berbeza dengan orang munafik yang selalu mencari-cari 'aib orang lain.

Rasa nya ramai di antara kita mempunyai sifat2 seperti di atas kan.. Kalau tak semua pun mungkin salah satu dpd di atas, atau mungkin 2, atau mungkin 3.. 

Ada yang sebahagian nya, dah menjadi habit, dan ada pulak yang di jadi kan hobi.

Ada antara nya sudah menjadi sifat buruk dlm diri yg susah nak kita hindar / kikis..

Tak apa lah, sesungguh nya manusia itu tiada yang sempurna. Hanya Allah jua yang sempurna.

Dan yang pasti nya, pintu taubat sentiasa terbuka selagi ajal kita belum tiba, dan selagi dunia belum kiamat!

Sempurna kah solat kita?


As salam.. selamat hari jummat semua ;)
Oleh kerana hari ni hari jumaat, so tak ada entry2 pasal duniawi ye utk hari ni.
Buat serabut kepala jek kan..

Nak share 1 artikel mengenai solat. Solat fardhu yang kita kerja kan 5 kali sehari. Cukup ke 5 kali tu?
Atau cuma buat 2-3 kali je sehari, atau pun seminggu sekali pada hari jummat je. Ada jugak yang bersolat 2 kali je setahun time raya je ;) Manusia, memang macam2 ragam nya.

Tak payah cakap orang lain, aku sendiri pun macam tu. Kekadang macam2 alasan aku beri kan untuk diri aku sendiri utk melengah-lengah kan solat. Baru demam sikit dah malas nak solat, terbaring jek. Dalam hati berharap semoga Allah paham, "kan aku sakit, hari ni excuse lah tak payah solat.. hehe"

Dan sesungguh nya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Dia sentiasa memberi kan aku petunjuk dalam kelalaian ku.. Thank you Allah ;)

Bila baca artikel kat bawah ni, terasa kerdil nya diri ku.
Bila solat tak pernah nya kusyuk dan tawaduk. Fikiran melayang ntah kemana-mana, kekadang sampai dah masuk rakaat ke berapa pun lupa.. hehe Astaghfirullahalazim..

Muhasabah Diri;

(S) Wahai yang empunya diri,sudahkah engkau selesai menunaikan solat??
(J ) Sudah ...alhamdulillah.........
(S) Semasa engkau mengucap allahuakhbar dalam takbiratul ihram.Adakah
hatimu turut sama membesarkan allah
(J ) Tidakk......Kalau begitu engkau sebenarnya tidak bertakbiratul ihram
(S) Semasa engkau membaca iftitah...engkau mengatakan inna solati wanusuki
wamahyaaya wamamatii lillahi rabbil a'lamin(maksudnya:-sesungguhnya
solatku,ibadahku,hidupku dan matiku kerana allah tuhan sekelian alam
adakah engkau merasakan bahawa solat yang engkau kerjakan itu
merupakan solat engkau yang terakhir,kerana maut boleh menjemputmu
pada bila-bila masa
(J) Tidak.....kalau begitu engkau sebenarnya tidak membaca iftitaf kerana
engkau tidak menghayati dan mempraktikkan bacaan mu
(S) Semasa engkau ruku' dan sujud adakah engkau tunduk menghinakan dirimu
yang dhaif itu dan meninggikan allah....
(J) Tidak.....kalau begitu engkau sebenarnya tidak ruku' dan sujud pun kerana
engkau masih merasakan dirimu itu lebih dari makhluk allah yang lain.sifat
bongkak ,sombong,riak dan segala sifat mazmumah masih lagi tebal dalam
hatimu yang menyebabkan engkau lalai dalam solatmu.....
ingatlah engkau akan di campakkan kedalam neraka wail kerana engkau
telah lalai dalm solatmu.....Solatmu bukan sahaja tidak diterima oleh allah...
tetapi menjadi satu ma'siat yang akan diazab oleh allah di akhirat nanti....



Astaghfirullahal azimmm.....diri akukah itu?????

Ya Allah berilah kepada ku kekuatan untukku memperbaiki solatku

Ya Allah permudahkan lah diriku untuk mengingati engkau,mensyukuri ni'mat engkau dan memperbaiki amalanku terhadap engkau...amin........



Renung2 kan dan selamat beramal ;)

Bantuan Rakyat - RM500/-

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Dr Awang Adek Hussin

As salam..
Apa komen korang mengenai bajet 2012..
Best ke, tak best ke..
So far, aku belum jumpa lagi orang bersyukur and cakap Alhamdulillah..
Ada jugak yang merungut;

"Alah.. orang keje gomen je naik gaji dapat bonus, orang keje swasta ni apa citer.. dah lah harga barang semua naik, tapi gaji tak naik2.." 

Yang pasal harga barang semua naik tu memang pasti, aku yang peniaga kecil ni memang terasa sangat tempias nya. Semalam, terkedu aku kat depan kaunter kedai mamak tu. Beli 3 barang je total RM19/-.. Giler kentang betol!

Minggu lepas beli telur 15 biji = RM 4.50, semalam aku beli telur 15 biji = RM 5.00..aikss.. memang kena soal siat lah mamak tu dgn aku. Mesti mamak tu pening kepala agak nya kalau ada 10 customer ngiau macam aku ni haha.. Mamak tu cakap harga telur memang kejap turun kejap naik, dia tak tentu..Dia cakap dari minggu lepas harga telur dah naik RM0.32 sen sebiji, sekarang ni harga telur naik lagi kepada RM0.33 sen sebiji..  Aku cuma menunjuk kan reaksi muka bengang and tak puas hati kat mamak tu. Then angkat kaki blah lah.. hehe

Apa yang menyebab kan harga telur turun naik tak menentu ye.. ikut mood ayam nak bertelur ke apa?
Semalam dah keluar kat berita, banjir teruk kat Thailand mengganggu proses pengeksportan beras dari Thailand.. elehhh.. macam aku tak tahu. Tu ura2 harga beras nak naik lah tu.. Dah paham sangat keadaan kat Malasysia ni. Tapi, apa kena mengena banjir kat Thailand dgn harga telur naik.. tak nampak langsung kesinambungan nya.. 

Haha.. terlupa pulak aku dgn tujuan asal aku taip entry hari ni. Sakit hati melampau dgn harga telur naik dari semalam tak habis lagi.. kehkehkeh. Astaghfirullahalazim..

Dengar2 nya masa bajet hari tu, PM announce nak bagi bantuan RM500/- kat pendapatan seisi rumah yang RM3000 dan kebawah.. Pas ni semua declare gaji kecik lah ni. Macam driver2 kat opis aku ni. Kalau nak minta bantuan sekolah utk anak2 semua declara gaji kecik.. Gaji RM4000 potong terus jadi RM1800. Tapi bila nak beli kereta, beli itu ini terus declare gaji mahal2.. 

Mengikut kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek, pengagihan bantuan kewangan ini akan diberi secara berperingkat2 tanpa penetapan masa, mulai Januari tahun depan. LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) telah di lantik menjadi agensi utama pelaksanaan bantuan ini memandangkan agensi berkenaan mempunyai fail2 cukai bagi pembayar cukai yang aktif mahupun tidak. 

LHDN juga akan turut mengguna pakai sistem e-Kasih Jabatan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan maklumat rakyat yang benar2 layak menerima bantuan. Rakyat yang belum mendaftar dengan e-kasih boleh mendapatkan borang permohonan di website LHDN. Borang2 juga boleh di dapatkan di kaunter2 LHDN di seluruh negara dan pengagihan nya akan di umum kan dari masa ke semasa.

Antara agensi lain yang turut terlibat ialah, Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Negara, serta POS Malaysia.

Syarat2 kelayakkan pula ialah, keseluruhan pendapatan seisi rumah ialah RM 3000 dan kebawah. Ia di ambil kira dengan mencampurkan pendapatan suami,isteri dan anak2 yang tinggal bersama. Namun persoalan bagi anak2 yang tinggal berasingan masih di bincang kan.

"soal isi rumah, seorang tapi sudah berkerja dan bayar zakat sendiri, saya rasa dia layak. Namun, ini kita akan pasti kan kemudian dan masuk kan dalam isu2 yang perlu di jelas kan..." Datuk Dr Awang Adek Hussin

Ada harapan ke korang termasuk dalam golongan yang di nyatakan..
Macam mana pulak kalau pendapatan suami + isteri ialah dalam RM3200 tapi mempunyai anak ramai, mungkin dalam 3 orang.. Macam mana dgn nasib diaorang ni ek. 
Tambah2 lg kalau dok kat bandar JB yang semua orang tahu kos sara hidup paling tinggi kat Malaysia ni.
Dok menyewa rumah flat kos rendah tingkat 3 sewa sebulan RM600/-.. Amek kau!

Hopefully, kerajaan akan kaji lebih mendalam lagi. Dah alang2 nak beri bantuan, biar sama rata ye. 

Selasa, 11 Oktober 2011

If u feel down today..

Latest pic Abid Darwisy ;)

Since monday lagi..
Rasa macam down sgt..
Tak tahu lah nape.. mungkin pikir pasal bisnes yg agak slow sket.
skang tengah push sale utk habis kan stock..

sorry to Abid, mama's sweetheart ;)
sometimes i've been rough to u..
tak patut kan.. sorry sayang, love u so much muakhss

Lately, dia selalu cakap begini (sambil pegang pipi aku) "mama comelll.." sambil tersenyum2 manja..
masa first time aku dengar, berdekah aku ketawa.. siapa pulak yg ngajar dia ni haha.
skang ni kalau dia buat mcm tu aku akan balas balik "Abid pun comel jugak, macam mama.." haha

Tapi sekarang ada edition lain "mama comel.. mata bulat, hidung kemek kecik.." sambil dia memicit hidung aku.
Memang terbeliak mata aku.. spontan aku terus jerit kat husband aku "daddy, abid cakap hidung mama kemek kecik.. siapa ajar dia ni!" Berdekah husband aku ketawa..

Then, masa tengah layan fb pagi tadi, jumpa lak post yg menarik kat wall aku. Memberikan aku semangat & menginsafi akan kekuasaan Allah. Tak elok rasa nya aku kusut musut cam ni, seolah2 aku tak redha. Lebih baik aku pikir kan penyelesaian dpd pikir kan masalah..

So, motivate ur self ye ;)

BUKAN SAJA-SAJA Allah meletakkan anda dalam BIDANG itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah mengurniakan anda KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memasukkan KELEMAHAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah membiarkan anda mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..

MELAINKAN Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN Allah tahu anda bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN Allah akan temukan anda dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN Allah mahu menguatkanmu..
MELAINKAN Allah mahu anda tahu betapa tingginya kasih sayangNya padamu..

Adakah anda masih lagi tidak BERSYUKUR?



Khamis, 6 Oktober 2011

Jumaat; Doa sewaktu bersujud dan keistimewaan nya.

Sempena hari jumaat yang mulia ni, saje aku nak share perkara yang baik2 pulak kat u'olls. Asik citer pasal dunia jek, bukan nya dpt faedah pun hahaha..

Pemandangan yg x mungkin dpt di lihat di M'sia..

DOA SEWAKTU BERSUJUD DAN KEISTIMEWAAN NYA

Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."


Ini adalah doa yang selalu aku baca sewaktu sujud akhir di dalam solat fardhu. sebab, antara doa yang senang makbul ialah doa semasa sujud, insyaAllah ;)

"Ya Allah, ya tuhan ku, kurniakan lah bagi ku rezeki yang banyak dan halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok dan kejayaan yang benar"

Doa ini selalu di baca oleh Nabi Muhammad s.a.w di setiap sujud akhir nya. 

Tidak semestinya doa ni je yang korang bole baca masa sujud, segala keluh dan kesah, segala kusut musut yang korang alami pun boleh korang adu kan kepada Allah di dalam sujud. Hampar kan segala nya kepada Dia, semoga tenang jiwa kita. ;)

Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di 
kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak kelebihan memanjang kan sujud dan berdoa di dalam nya.
Keistimewaan umat nya yang bersujud telah disebut oleh baginda di dalam sabda nya;

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"
 "Kerana sesungguhnya pada hari itu kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka (terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya 
wudhu' !!!"
 

Keistimewaan nya;
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:-

"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah swt menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.


Sesekali bila aku teringat, aku selalu menyebut asma Allah. 

Ya Rahman - Yang Maha Pemurah
Ya Rahim - Yang Maha Mengasihani
Ya Razak - Yang Maha Pemberi Rezeki


sharing is caring ;)

New Arrival; Promotion by Chantek.com

Promotion by Chantek.Com

HOODIE BLOUSE WITH DIAMOND
size: muat sehingga XL
Price: RM 55 (including postage)

status:available 

 status: available

 status: available

 status: available

 status:available

 status:available

status:available

untuk tempahan/pertanyaan, bole call/sms ke; 014-6165379

Mengapa Piring Astro Menghadap Kiblat?


Sharing is caring.. hehe
saje nak share kat u'olls semua, coz aku rasa ia satu fakta yg sangat2 menarik dan menunjukkan kebesaran Allah. Tapi masih ada di antara kita yang masih tak dapat melihat nya lagi. Semoga Allah memberikan hidayah kepada mereka ;)

Korang ingat tak piring astro kat rumah korang menghadap arah mana?
Aku ingat ler tersangat2.. Confirm menghadap kiblat! ;)

Maha Suci Allah yang menjadikan alam ini..

Balik ni korang chek ye.. mana lah tahu kot2 korang ragu2 dgn artikel ni.

Terus kan membaca ye. klik link kat bawah ni; ')

http://www.gilerkentang.com/mengapa-piring-astro-mengadap-kiblat/