BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Jumaat, 21 Oktober 2011

Kasih si kecil

Selamat pagi sabtu semua.. ;)
hari ni kerja half day ke..
pada yg bercuti mesti seronok kan.. ya beda bedooo

Hari ni aku nak share pasal kisah si anak kecil yang mempunyai hati yang besar. Si kecil ini bernama Dong Xinyi dari Shandong, China. Dia baru berumur 3 tahun tapi dah boleh memikul tanggung jawab untuk menjaga ayah nya yang berumur 26 tahun  kerana menghidapi penyakit lumpuh akibat kemalangan. Ibu nya pula menghilang kan diri setelah ayah nya di dapati lumpuh setelah kemalangan.

Setiap hari adik Xinyi melakukan rutin yang sama. Menyediakan air untuk mandian ayah nya. Merawat dan membersihkan kotoran ayah nya serta menyediakan segala keperluan ayah nya.






Adik Xinyi di lahirkan dalam sebuah keluarga petani di kota Huanghia daerah Shandong, China pada tahun 2007. Beberapa bulan kemudian ibu nya membawa nya keluar dari rumah setelah ayah nya mengalami lumpuh akibat kemalangan. Namun awal tahun ini, si ibu telah mengirimkan kan Xinyi kembali kepada ayah nya. Tidak di ketahui mengapa ibu nya melakukan begitu. Dan semenjak saat itu dia mula merawat ayah nya.


 sedang membuat persiapan untuk menyediakan makan malam untuk ayah tersayang


Bahagia nya ibu bapa yang di anugerah kan anak seperti ini kan. 
Di kaulah kupu-kupu syurga ;)

sumber: terima kasih RuangHati.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan