Korang semua dah tengok ke video clip mamat ni.. marah bebenor nampak nye.
Rasa nya dia ni memang jenis yang suka wat gempak kot. Pas tu jenis yang tak boleh kena tegur.
Video clip ni baru je upload semalam kat you tube, and setakat ni dah berbelas ribu yang hits. Biasa lah benda2 panas macam ni cepat je tersebar..
Dengar2 nye yang mamat ni haru sangat sebab akhbar utusan ada menyiarkan komen dari seorang penulis mengenai filem arahan nya Nasi Lemak 2.0.. actually penulis tu lebih kepada mengungkit "kerja2 silam" si mamat ni (sebelum ni Namewee ada meng'upload ' beberapa siri video clip berupa penghinaan kepada negara,agama islam dan juga orang melayu)
yelah, tak kan semudah itu kita nak lupa kan ye tak..
Pada Namewee, dengan keluar nya filem Nasi Lemak 2.0 ni konon2 nya dia telah insaf dan ingin menunjukkan semangat 1 Malaysia nya kat semua. Tapi bila aku tengok video clip yang carut mencarut ni tertanya-tanya pulak.. "yer je mamat ni dah insaf"
Pas tu bila baca komen2 diaorang kat you tube tu ada rasa terhina pulak.. isk sesedap rasa jer.
Tak pe, aku relaks jer.. tu semua tindakan orang2 pendek akal, se-sen pun tak untung ;)