Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Dr Awang Adek Hussin
As salam..
Apa komen korang mengenai bajet 2012..
Best ke, tak best ke..
So far, aku belum jumpa lagi orang bersyukur and cakap Alhamdulillah..
Ada jugak yang merungut;
"Alah.. orang keje gomen je naik gaji dapat bonus, orang keje swasta ni apa citer.. dah lah harga barang semua naik, tapi gaji tak naik2.."
Yang pasal harga barang semua naik tu memang pasti, aku yang peniaga kecil ni memang terasa sangat tempias nya. Semalam, terkedu aku kat depan kaunter kedai mamak tu. Beli 3 barang je total RM19/-.. Giler kentang betol!
Minggu lepas beli telur 15 biji = RM 4.50, semalam aku beli telur 15 biji = RM 5.00..aikss.. memang kena soal siat lah mamak tu dgn aku. Mesti mamak tu pening kepala agak nya kalau ada 10 customer ngiau macam aku ni haha.. Mamak tu cakap harga telur memang kejap turun kejap naik, dia tak tentu..Dia cakap dari minggu lepas harga telur dah naik RM0.32 sen sebiji, sekarang ni harga telur naik lagi kepada RM0.33 sen sebiji.. Aku cuma menunjuk kan reaksi muka bengang and tak puas hati kat mamak tu. Then angkat kaki blah lah.. hehe
Apa yang menyebab kan harga telur turun naik tak menentu ye.. ikut mood ayam nak bertelur ke apa?
Semalam dah keluar kat berita, banjir teruk kat Thailand mengganggu proses pengeksportan beras dari Thailand.. elehhh.. macam aku tak tahu. Tu ura2 harga beras nak naik lah tu.. Dah paham sangat keadaan kat Malasysia ni. Tapi, apa kena mengena banjir kat Thailand dgn harga telur naik.. tak nampak langsung kesinambungan nya..
Haha.. terlupa pulak aku dgn tujuan asal aku taip entry hari ni. Sakit hati melampau dgn harga telur naik dari semalam tak habis lagi.. kehkehkeh. Astaghfirullahalazim..
Dengar2 nya masa bajet hari tu, PM announce nak bagi bantuan RM500/- kat pendapatan seisi rumah yang RM3000 dan kebawah.. Pas ni semua declare gaji kecik lah ni. Macam driver2 kat opis aku ni. Kalau nak minta bantuan sekolah utk anak2 semua declara gaji kecik.. Gaji RM4000 potong terus jadi RM1800. Tapi bila nak beli kereta, beli itu ini terus declare gaji mahal2..
Mengikut kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek, pengagihan bantuan kewangan ini akan diberi secara berperingkat2 tanpa penetapan masa, mulai Januari tahun depan. LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) telah di lantik menjadi agensi utama pelaksanaan bantuan ini memandangkan agensi berkenaan mempunyai fail2 cukai bagi pembayar cukai yang aktif mahupun tidak.
LHDN juga akan turut mengguna pakai sistem e-Kasih Jabatan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan maklumat rakyat yang benar2 layak menerima bantuan. Rakyat yang belum mendaftar dengan e-kasih boleh mendapatkan borang permohonan di website LHDN. Borang2 juga boleh di dapatkan di kaunter2 LHDN di seluruh negara dan pengagihan nya akan di umum kan dari masa ke semasa.
Antara agensi lain yang turut terlibat ialah, Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Negara, serta POS Malaysia.
Syarat2 kelayakkan pula ialah, keseluruhan pendapatan seisi rumah ialah RM 3000 dan kebawah. Ia di ambil kira dengan mencampurkan pendapatan suami,isteri dan anak2 yang tinggal bersama. Namun persoalan bagi anak2 yang tinggal berasingan masih di bincang kan.
"soal isi rumah, seorang tapi sudah berkerja dan bayar zakat sendiri, saya rasa dia layak. Namun, ini kita akan pasti kan kemudian dan masuk kan dalam isu2 yang perlu di jelas kan..." Datuk Dr Awang Adek Hussin
Ada harapan ke korang termasuk dalam golongan yang di nyatakan..
Macam mana pulak kalau pendapatan suami + isteri ialah dalam RM3200 tapi mempunyai anak ramai, mungkin dalam 3 orang.. Macam mana dgn nasib diaorang ni ek.
Tambah2 lg kalau dok kat bandar JB yang semua orang tahu kos sara hidup paling tinggi kat Malaysia ni.
Dok menyewa rumah flat kos rendah tingkat 3 sewa sebulan RM600/-.. Amek kau!
Hopefully, kerajaan akan kaji lebih mendalam lagi. Dah alang2 nak beri bantuan, biar sama rata ye.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan