BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Khamis, 6 Oktober 2011

Jumaat; Doa sewaktu bersujud dan keistimewaan nya.

Sempena hari jumaat yang mulia ni, saje aku nak share perkara yang baik2 pulak kat u'olls. Asik citer pasal dunia jek, bukan nya dpt faedah pun hahaha..

Pemandangan yg x mungkin dpt di lihat di M'sia..

DOA SEWAKTU BERSUJUD DAN KEISTIMEWAAN NYA

Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."


Ini adalah doa yang selalu aku baca sewaktu sujud akhir di dalam solat fardhu. sebab, antara doa yang senang makbul ialah doa semasa sujud, insyaAllah ;)

"Ya Allah, ya tuhan ku, kurniakan lah bagi ku rezeki yang banyak dan halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok dan kejayaan yang benar"

Doa ini selalu di baca oleh Nabi Muhammad s.a.w di setiap sujud akhir nya. 

Tidak semestinya doa ni je yang korang bole baca masa sujud, segala keluh dan kesah, segala kusut musut yang korang alami pun boleh korang adu kan kepada Allah di dalam sujud. Hampar kan segala nya kepada Dia, semoga tenang jiwa kita. ;)

Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di 
kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak kelebihan memanjang kan sujud dan berdoa di dalam nya.
Keistimewaan umat nya yang bersujud telah disebut oleh baginda di dalam sabda nya;

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"
 "Kerana sesungguhnya pada hari itu kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka (terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya 
wudhu' !!!"
 

Keistimewaan nya;
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:-

"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah swt menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.


Sesekali bila aku teringat, aku selalu menyebut asma Allah. 

Ya Rahman - Yang Maha Pemurah
Ya Rahim - Yang Maha Mengasihani
Ya Razak - Yang Maha Pemberi Rezeki


sharing is caring ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan