BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!
Khamis, 20 Oktober 2011
Dia adalah kupu-kupu syurga
As salam..
Alhamdulillah, syukur pd Yang Maha Esa kerana dapat lagi kita bersua di blog yg tak seberapa ni.
Bukan malas nak update blog ni atau pun tak ada masa.
Tapi aku mencari bahan yang betul2 bermanfaat dan boleh membangkit kan kesedaran atau pun mengembalikan sifat insan dalam diri kita.
Bila memandang kan keadaan sosial masyarakat kita, keinsafan itu datang dalam hati aku. Yup, semua orang berlumba2 mencari duit, mencari kesenangan, mencari kekayaan tapi itu cuma material je, jangan biarkan rohani kita miskin dan haus dengan sifat2 keinsanan.
Lagi-lagilah gejala pembuangan bayi dan penderaan kanak2 yang berleluasa sekarang ni amat meruntun naluri ku.. ;(
Dalam kita sibuk berkerja menunaikan segala tugas dan amanah, jangan di lupa akan tanggung jawab dan amanah yang satu ini.. anak2 kita. Mereka bukan saja perlukan makan dan pakai, tapi juga belaian dan peluk cium daripada kedua ibu bapa.
Semuanya bermula di rumah. Selalu nya, bagaimana kita di didik akan menjurus bagaiman cara kita mendidik anak2 kita pula. Tapi sekarang para ibu kebanyak kan nya ibu2 yang educated. Ilmu untuk mendidik boleh diperolehi dari pelbagai sumber.
Aku sendiri memang tegas terhadap anak aku. Setiap kali aku marah pada nya (selalu nya kena cubit sekali kat peha hehe) aku akan menjelas kan kenapa aku marah dan kenapa aku melarang dia daripada melaku kan nya. Bila dia berhenti menangis aku akan memeluk dan mencium nya, dan menasihati nya agar tidak mengulangi nya lagi.
Ajaran islam sendiri menyeru umat nya untuk mengasihi anak2..
"Ciumlah anak mu kerana pahala setiap ciuman itu di balas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalam nya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak."
"Barangsiapa keluar ke pekan muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anak nya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak di seksa di akhirat kelak."
Lagi satu yang aku perasan, ibu2 sekarang macam berlumba2 pakai kan anak2 mereka dgn fesyen2 yang tekini. Amat lah tak elok rasa nya pakai kan anak2 perempuan dgn pakaian yang terdedah sana sini (walau pun kecik lagi) dgn alasan "kesian dia, panas!"
"Muliakan anak2 dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anak mereka dalam keadaan jahil, dia turut menanggung tiap2 dosa yang di lakukan oleh anak nya itu.."
Sangat2 besar peranan dan tanggung jawab ibu bapa. Sayangi lah anak2 kita kerana mereka umpama kupu-kupu syurga.
Please stop pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak. It hurts me so mush.. ;(
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan