BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Selasa, 18 Oktober 2011

"Tak cukup manusia ke kita ni?"




Rasa nya, kebanyakkan kita dah tgok video ni kan. Sama ada kat internet atau pun kat saluran berita di TV3. Dua hari berturut2 TV3 menyiarkan video ni.

Memang hancur luluh hati aku bila tngok seluruh badan (termasuk kepala) budak tu berbalut, sedang bertarung nyawa kat hospital .. bederai laju air mata ni masa tengok video ni kat tv3.

Berapa ramai manusia yang lalu lalang kat jalan tu, ada yang berhenti tapi cuma utk melihat saja. Macam melihat bangkai kucing yang dah penyek kena langgar treller. Sedangkan itu adalah tubuh kanak2 kecil yang parah di langgar dan masih lagi bernyawa!

Susulan berita semalam melaporkan yang pemandu lori tu sedar dia telah melanggar kanak2 malang tu tapi memang berniat utk membiarkan nya kerana di China gantirugi/saman (tak ingat sangat fakta yg pemberita tu baca, kerana terlalu emosi..) kepada mangsa kemalangan yang hidup lebih tinggi daripada mangsa kemalangan yang mati...

Tu negara orang, negara kita sendiri tak kurang hebat nya;


Sampai hati ke korang nak tengok gambar ni.. maafkan aku jika terlalu emosi, tapi memang setan jer yang sanggup buat macam ni. Manusia yang tak ada agama..
Cerita di sebalik gambar ni;


BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.

Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.

Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.

Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.“Terdapat sekurang-kurangnya tujuh kesan kelaran pada belakang tubuh, leher, tangan, rusuk selain perut bayi itu sehingga menyebabkan isi perut terburai.

Aku menyifat kan nya satu penghinaan kepada masyarakat manusia seluruh dunia.
kalau kita masih lagi boleh di sifat kan sebagai seorang manusia yang berakal dan mempunyai sifat insan.

Kepada semua bidadari kecil ku di seluruh dunia, semoga Allah akan sentiasa melindungi mu sayang..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan