BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Jumaat, 15 Oktober 2010

Bajet 2011: Skim Rumah Pertamaku Diperkenal

Salam...

Bajet 2011; "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi"

Menarik juga ye pembentangan Belanjawan 2011. Yg menarik perhatian aku ni; Skim Rumah PertamaKu akan diperkenalkan.

Objektif:
Membantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan isi rumah kurang dpd RM3000 sebulan utk memiliki rumah (Rumah pertama dibeli).

Ciri2 mengenai skim ini ialah:
1. Menawarkan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan sebanyak 10% bagi harga rumah dibawah harga RM220,000
2. Dalam erti kata lain, pembeli rumah mendapat pinjaman 100% tanpa perlu mengeluarkan 10% wang pendahuluan seperti amalan lazim.
3. Hanya pembeli rumah pertama akan diberi pengecualian duti setem sebanyak 50% ke atas surat cara pindah milik sebuah rumah yg berharga tidak melebihi RM350,000
4. Pengecualian duti setem sebanyak 50% di beri ke atas surat cara perjanjian pinjaman bagi membiayai pembelian rumah pertama tersebut.

Peluang dah ada, cuma tgok nasib je lah. Kena nasib malang mcm aku ni, beli rumah dah 3 tahun tak siap2 jugak. First aku sign aggrement Oktober 2007, 2 bulan selepas aku bertunang. cadang nye beli rumah tu, pas kahwin boleh duduk rumah baru. Tapi sekarang ni dah ada anak satu, anak aku pun dah masuk 1 tahun 3 bulan, rumah tak siap2 jugak. Ni cerita aku, ada lagi orang yang lebih malang dpd aku. Dah 6 tahun sign aggrement, rumah tak siap2 jugak. Sampai anak dah masuk sekolah..

Setiap kali meeting dgn pemaju, memang mcm nak bergaduh je lagak nya. Semua nya menyakit kan ati. Biasalah, kalau dah masuk bab duit, semua orang berkira.
Bayangkan lah, Sebulan aku bayar interest kat bank RM360. Kalau dah 3 tahun; 36 bulan x RM360 = RM12,960. Biar betul! Dah boleh naik haji dah..
Nak dijadikan cerita, ada pulak 3-4 orang kenalan aku yg terbeli rumah sama pemaju dgn aku. Ai malang, malang.. "kita serupaaaaa....."
Contoh nya customer aku ni; Encik Ramli. Dia beli rumah kat projek Bandar Pulai Jaya. Aku pulak kat Jaya Putra (JP) Perdana.. (under pemaju yg sama) Jaya lah konon nya, tapi tak jaya2 pun. Bikin susah orang lah ni mcm..
Bila Encik Ramli bercerita pasal kisah dia, terkejut lak aku. Mcm mana kita boleh stuck kat projek yg sama ni. Nada suara nye agak tenang, kita sama2 mengharapkan rumah tu akhirnya akan siap. Moga2 tak jadi projek terbengkalai. Encik Ramli lagi dasat; sebulan dia bayar RM500 kat bank dan tahun ni adalah tahun yg ke-5. Maksud nye dia dah spend RM 30,000 utk bayar interest je. Sindrom ni kita orang panggil "pay for nothing". Bayang kan lah sape tak sakit ati. Amount mcm tu dah boleh sgt kalau nak beli rumah kos rendah. 5 tahun tu kalau beli kereta dah habis bayar, kereta pun dah buruk gak nya..

Kira2 bulan Julai yg lalu (06/07/10), semua pembeli di panggil utk meeting (sesi dialog) bersama pemaju dan Jabatan Perumahan Negara bagi mencari kata putus utk ke peringkat seterus nya.
Suasana agak tegang dan penuh emosi. Sehingga kan Dato Zainudin dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut beremosi bila salah seorang buyer menuduh cadangan nya lebih berat kpd pemaju. Biasalah 'Orang Lama'.. cepat sensitif gak nye. hehehe
anyway, betul jugak cakap Datuk tu, kita pembeli ni 'unsecured party'. Apa2 hal semua nye kena balik kat pembeli. Kalau mcm ni lah kan, yang miskin akan terus miskin, dan yang kaya akan terus kaya.. Diaorang sibuk buat duit, kita pembeli ni yg tersempit!

Pemaju dah pun mengaku yg diaorang tak cukup modal nak teruskan projek sebab kenaikan bahan mentah secara mendadak masa kenaikan harga minyak pd tahun 2008. Tapi yg menjadi persoalan nya, projek tu dah launched sebelum ekonomi gawat. Jadi kemana semuanya duit para pembeli! and sekarang ni diaorang suruh kitaorang sain satu lagi aggrement baru utk mengelakkan kena bayar LAD sebab rumah lambat diserahkan kpd pembeli jika nak kan pemaju meneruskan pembinaan projek rumah tersebut. Of course lah cadangan tu tak boleh diterima. Memang gamat jugak keadaan masa tu. Dia pikir dia punya kerugian je, mcm mana pulak dgn pembeli?! Duit kitaorang yg dah berpulu ribu habis ni, ape citer.. dia senang2 je declare yg dia tak cukup modal kalau nak teruskan projek tu dan dlm masa yg sama terpaksa bayar LAD pd pembeli pulak..

Berbalik pada 'unsecured party' tadi, para pembeli ni lah yg menjadi mangsa keadaan. Terpaksa mengalah. Seolah tali gantung yg menjerut leher rasanya.. errkk. Terpaksa akur dgn keadaan, sebab kami tak ada pilihan. Apa yg penting rumah siap! Pemaju nak kan 100% pembeli sain aggrement baru, barulah diaorang teruskan projek tu. And dah 3 bulan berlalu, tak nampak tanda2 projek akan bermula. Dengar nye, ramai lagi yg belum sain. Mungkin hati masih belum bulat utk membuat keputusan; pejam mata jelah duit2 yg dah burned tu. Diaorang pun bukan nye bole senang dgn menipu orang. Kalau kita delay cam ni pun tak dpt ape.. tapi kalau kita sain sekurang2 nye kita dpt rumah.. InsaAllah ;)

Harap2 ada berita baik menunggu. Hopefully tahun depan nasib baik meneyebelahi kta semua..
Kpd yg nak beli rumah tu, survey betol2 tau. Check betul2 background pemaju. Mcm aku dulu, pakai tangkap muat je. Sebab dah berkenan sgt dgn rumah tu. Design nya cantik.. cuma malang sket, nasib tak menyebelahi kami setakat ni..

Think wisely k!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan